21 Disember 2011

tak sempat nak buat apa pun - Langkawi

alkisah aku pergi Langkawi gujung minggu lepas.. memang tak sempat nak pergi mana sangat pun sebab lawatan under kompeni abah, naik bas ramai-ramai.. faham-faham laa... lawatan hari pertama aku dah terlepas sebab aku sampai langkawi lewat.. tak merasa aku pergi makam mahsuri..

de BARON resort jadi pilihan
tak tau la 1 malam berapa sebab kompeni yang bayar.. hahaha

hari seterusnya, setiap tempat diberi 1 jam je untuk jalan-jalan...
singgah Underwater world, tapi tak masuk pun sebab tak berbaloi.. bayar mahal, takut tak sempat pusing habis.. so, lepak kat luar je la..


next destination Beras Terbakar, pusing-pusing kejap tengok beras hitam pastu dah kena naik bas untuk lunch..

Rumah chantek Ku Halim Ku Hassan
kat halaman rumah ni la terletak tapak beras terbakar
tak boleh naik cable car sebab cuaca tak mengizinkan.. so lepas lunch, shopping kat pekan Kuah..

lepas shopping, pukul 4.30petang dah kalut-kalut pergi jeti untuk naik feri.. pukul 5.00petang, feri jalan.. tak sempat nak bergambar ramai-ramai bawah burung helang gedabak tu pun sebab dah lambat! siot kan?

argh! memang tak puas la!!!!
bak kata abah, lepas ni kena tunggu Big Brother balik, kita pergi 1 family stay Langkawi lama sikit.. baru syiok nak jenjalan semua tempat... tak terkejar-kejar masa... banyak gila tempat tak sempat pergi.. pulau-pulau kecik sekeliling Langkawi macam Pulau Dayang Bunting tu, simpan hasrat dalam hati je la sambil tengok dalam peta...
apa-apa pun, lawatan kali ni tetap best sebab lepak dengan family tersayang! hilang keserabutan.... dah lama tak buat family gathering macam ni...

next time, boleh bajet pergi Langkawi dengan family & memember tersayang pulakk!

2 ulasan:

fardeal berkata...

haha...kesiannya xsempat nak bt apa2 no...so xdak la aku nak jeles xdpt join p skali haha =p rugi oOo...xnaik keta kabel,aku dah merasa dah ari tu hehe...

Tanpa Nama berkata...

http://wanwidget.com/
best pi langkawi, saya bulan lepas ada pi sana