18 Januari 2012

i.y.o.u first giveaway

!assalamualaikum semua!
alhamdulillah, lepas 5 hari bercuti kat rumah tibalah hari ni aku melunaskan janji aku haritu nak launch contest... tapi bila fikir-fikir balik takut tak cukup masa pulak nak judge pemenang, so aku launch first giveaway dulu lah...  hadiah contest aku akan simpan ketat-ketat dulu, sekarang dengan bangganya aku merasmikan first giveaway dengan lafaz
بسم الله الرحمن الرحيم


dah siap 4 simple tasks nih, bolehlaa start doa banyak-banyak supaya random.org pilih korang yer.... hadiah untuk first giveaway nih simple jer sempena aku ada duit lebih shopping kat Langkawi haritu... 

TARIKH TUTUP
22 FEBRUARI 2012 ; 12.00AM

UPDATE
HADIAH UNTUK PESERTA BERTUAH



2x kain batik
1x kain pelekat
cantik tak??? kain batik nih lagi cantik kalau buat kebaya/baju kurung moden

doakan aku selamat pergi & balik kem kali ni... siapa-siapa yang ada kat area Mempaga Pahang, kalau nampak askar-askar perang, aku diantara orang-orang itu!

aku harap dengan kelahiran giveaway blog ni tak terus sunyi bila tuan blog pergi membawa diri untuk berjuang demi agama & negara.. sob sobs sobs...

aku berani kerat jari korang takkan dapat cari aku dalam gambar nih
tepat 9pm 25 Feb 2012 orang bertuah akan diumumkan
JUMPA LAGI
TERIMA KASIH

13 Januari 2012

bertahan!

TOMORROW.. TOMORROW.. TOMORROW..
fifth semester never come again
and I would take a train
pass along the rail in the rain
hoping yesterday doesn't come once again
where I grew up together with pain
TOMORROW.. TOMORROW.. TOMORROW..

amacam? boleh lawan poem shakespear tak? kih kih kih kih
tomorrow'll be my last paper for this final exam.. eh, apa jadah tetiba nak speaking kat sini?

aku harap esok aku masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk bangun sesudah tidur di malam hari apatah lagi malam ni aku tidur keseorangan... takder siapa nak tolong kejutkan aku... sobs sobs sobs..

aku harap jugak esok last paper on dairy tak memenatkan otak aku seperti penatnya memerah susu supaya aku terus segar bugar dan pulang ke kampung halaman pada esok harinya dengan membawa sinar muka sukses bila aku face-to-face dengan mak abah.. selalunya kalau balik lepas final exam soalan akan keluar:
"sayu ja muka... susah ka peksa?"

kali ni aku harap muka aku akan membuat ayat ni terpacul di bibir mereka:
"haih... berseri-seri ja muka ngalahkan pengantin... peksa senang la tuh"
walaupun hakikatnya exam tak pernahnya tak senang...

11 Januari 2012

berbudi sampai tergadai body apa kes?

hidup kat hostel ni memang dah lali dengan term pinjam-meminjam nih... segala benda kalau boleh nak bagi pinjam... selagi boleh nak bagi pinjam jugak apa yang ada... tambah pulak teman seperjuangan kita tu memang tersangat perlukan bantuan... tapi orang cakap berbudi jangan sampai tergadai body!

ni yang aku bengang sangat nih!
tergadai body takder saper yang bertanggungjawab pulak tuh... kang tak bagi pinjam kata aku kedekut pulak... dah bagi pinjam, macam ni pulak endingnyer... mana ada orang suka tengok sad ending love story... tu laa baik sangat hati aku ni bagi pinjam laki sendiri kat orang ramai sampai takder had... orang dah balun cukup-cukup sampai lunyai dah...

agak-agak kalau dah sedar kau lah punca kelunyaian tersebut, pandai-pandailah nak handle... aku faham dah hujung-hujung semester makan nasik dengan telur goreng jer, at least bagitahu aku kalau dah benda tuh lunyai... kalau bagitahu cepat ada masa lagi nak selamatkan dia... masuk wad 18 jer, tak yah masuk ICU...

sekarang nazak giler dah laki aku tuh.... sedih tol la! dah la body dia dah tak berapa nak umph... korang boleh patah-patahkan pulak tangan dia...

ce cakap kat aku macam mana nak merempit pergi exam esok kalau MOTOR TAKDER BREK??? kesian 'laki' aku tuh.... isk! isk! isk!

10 Januari 2012

trust

untuk makluman lelaki-lelaki kat luar sana yang dah berumah-tangga or on your path to it, korang kena faham kaum hawa ni punya emosi yang tinggi sampai kadang-kadang tak terkawal...

aku ada bad habit... aku suka imagine yang bukan-bukan...
eh??? bukan imagine benda-benda yang negative! maksud aku kat sini, aku selalu curiga... apa dia buat, dengan siapa dia berkawan, kadang-kadang perasaan curiga tu sendiri selalu buat aku rasa "ish, dia ni dah tak sama macam aku kenal dulu" saat dan ketika bila ada bisikan-bisikan halus yang terhasil dari imaginasi sendiri, ayaq mata tanpa segan silu menyapu pipi yg halus mulus ini....

sejak blog terfaktab diperkenalkan kepada aku, aku banyak buat research segala entri dalam tu untuk mententeramkan hati sendiri... dan aku terjumpa ini: lelaki tak suka layan benda remeh temeh dan emosi


aku selalu cuba untuk simpan apa yang aku rasa dan jadi cool 24jam supaya dia sentiasa rasa enjoy dengan aku... siapa suka nak gaduh-gaduh emo-emo ni kan? apa yang aku faham, aku cuma nak perhatian yang orang lain tak boleh bagi dekat aku... Lagipun, bukan selalu dapat jumpa dan tak banyak benda boleh buat kalau jumpa pun...

untuk diri sendiri: aku akan cuba jadi cool sentiasa
untuk dia: harap-harap ke'cool'an aku tak bukak peluang untuk awak ambil kesempatan

ada quote yang sedikit sebanyak menyedarkan aku: Your relationship is not a priority unless you are officially married to that person


"aku takkan sedih kalau dia tinggal aku sebab aku cuma hilang orang yang tak berapa nak sayang kat aku.. tapi dia?
dia hilang orang yang betul-betul sayangkan dia"

09 Januari 2012

half-way

setelah berseronok sakan rai hari kemenangan si Hero, bersuka ria bersua muka dengan family beliau dan bergosip sakan dengan memember maka elok benarlah untuk aku meneruskan perjuangan aku yang belum sampai ke garisan penamatnya....

Tinggal 3 paper jer lagi dalam waiting list untuk aku contiang dengan ilmu yang tak seberapa nih... mood study bagai nak rak sebelum ni makin lama makin luntur laa pulakk... macam mana korang nak fokus untuk exam kalau dah rumahku syurgaku jer dalam kepala??? insyaAllah 14 Jan tamatlah riwayat semester 5 aku kat UPM nih...
belajar dengan lembu memang best...
ce bagitau aku unibesiti mana pernah buat kelas macam ni selain UPM???
(untuk course aku je laaa belajar kat ladang macam ni) 
Tapi.... Tapi.... Tapi.....
Cuti aku tak berakhir macam tuh jer... ada satu lagi dugaan yang aku kena tempuh... macam biasa, kalau dah cuti semester, annual camp dah sedia menanti... oh tidakkk!! Cuti lepas exam just 4 hari jer!!! tak sempat kemek pun tilam guling-guling kat rumah  tuh... Annual camp kali nih pulak cabaran lagi mabeles laa dari tahun-tahun yang lepaih sebab last! haah, kali ni last annual camp untuk aku sebelum aku ditauliahkan... pejam-celik-pejam-celik kejap jer aku direkrutkan selama 3 tahun... eh? rekrut ker?

Valuable experience
Annual camp yang akan datang start 20 Jan - 4 Feb... sepanjang 2 minggu lebih tu memang akan sunyi lah teratak ni... So, dalam hati ini teringin benar nak launch Contest... ten ten teeeeeeen!!! Contest dah ada dalam kepala, Hadiah pun aku dah terfikir, cuma tinggal nak beli jer lagi... insyaAllah selewat-lewatnya 18 Jan aku akan publish contest tuh... At least blog ni tak terus sunyi... balik jer dari kem, pemenang akan di pilih terus! hehehe...
So....
"Tunggu sekejap.... wahai kasih,
Tunggu lah sampai... hujan renyai"

08 Januari 2012

Jom Tambah Follower I Segmen Oshin


Bila tajuk entri dah cakap "JOM" maksudnya siapa-siapa pun boleh join segmen nih... apa lagi? sebelum terjah blog-blog yang lain, terjah blog Oshin dulu! weeeeee~

07 Januari 2012

Jom Cari Blogger Setempat


Nama: Siti Nuur Hidayu Binti Muhammad
Umur: 22 tahun
Blog: iyou90.blogspot.com
Lokasi: UPM Serdang, Selangor
Asal: Selama, Perak

05 Januari 2012

peribahasa melayu yang disalah tafsir

Wujudnya peribahasa melayu ni sebab orang dulu-dulu penuh dengan adab & tatasusila... peribahasa adalah satu medium untuk 'perli cara baik' atau pun 'tegur dengan berhemah'. tahu tak majoriti peribahasa tercipta bila satu keadaan dibandingkan dengan alam sekeliling?

malangnya, eh! malang ke? tak! tak! Sedar atau tak sebenarnya ada 2 peribahasa yang kita dah salah faham.

1. harapkan PAGAR, PAGAR makan padi
cuba fikir betul-betul ada yang tak kena kat situ.. kenapa PAGAR? macam mana PAGAR yang makan padi? 
sebenarnya, peribahasa yang betul adalah harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. 

PEGAR adalah sejenis burung!
kenapa orang tua-tua guna burung PEGAR dalam peribahasa ni? sebab orang dulu-dulu guna burung pegar untuk tangkap tikus/serangga perosak kat sawah padi. Kiranya biological control. zaman dulu kan tak ada lagi racun bagai... Tapi, macam dalam peribahasa, kita harapkan  PEGAR  jaga sawah padi, rupanya dia yang melahap padi....
Rupa burung PEGAR
2. seperti melepaskan BATUK ditangga
Sama jugak kesilapannya... peribahasa yang betul adalah seperti melepaskan BATOK ditangga. bukan batuk uhuk! uhuk! 

BATOK ni perkakas untuk cedok air dari tempayan yang orang dulu-dulu cipta guna tempurung kelapa. Orang dulu-dulu kat depan rumah mesti ada tempayan &  BATOK . Macam kita tengok filem-filem P.ramlee, nak naik rumah mesti diorang basuh kaki dekat dulukan?

peribahasa ni membawa maksud buat kerja separuh jalan. Wujudnya peribahasa ni sebab ada yang guna  BATOK  letak kat tangga je lepas guna, tak letak kat tempat asal.
ni laa rupa BATOK
kenapa kesilapan ni boleh berlaku?
sebab orang dulu-dulu kan guna tulisan jawi..  هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي  hah, korang baca PAGAR ke PEGAR???

wah, macam cikgu BM pulak aku hari ni!
lepas ni kita leh betulkan penggunaan peribahasa ni.. kalau ada cikgu BM kat sekolah still guna peribahasa yang silap, tak salah kalau ada anak murid yang menegur. ye tak?

semua salah hotspot!

sebab tenet lembab

04 Januari 2012

selamat hari lahir, sayang!

dear, Linda... di hari yang mulia ini aku doakan:
  • hang panjang umur & murah rezeki!
  • cemerlang dalam kat unibesiti tu!
  • grad pada waktu dan ketikanya dengan pointer gempak!
  • be a good dietition one day!
  • sentiasa happy selalu disamping family!
  • sentiasa bahagia dengan hero hang dalam mengatur langkah ke gerbang perkahwinan! kih kih kih...
  • dipermudahkan urusan dunia dan akhirat!
  • a best friend isnt someone whose just always there for you
    its someone who understands you a bit more than you understand yourself

03 Januari 2012

kucing siam & kucing parsi

suatu ketika dulu sebelum aku melangkah ke alam menara gading.. aku ingat lagi aku dan kawan aku mira (bukan nama sebenar) ambil kesempatan jalan-jalan kat sebuah ekspo. Dia pun macam aku jugak, minat kucing!

Aku tengah sibuk belek benda alah lain time tu, tetiba Mira tarik tangan aku..
"ayu! jom tengok kat sana! aku nak tunjuk ko kucing siam!"

keterujaan aku terbangkit bila dia sebut je pasal kucing.. maka kami pun berlalu dari gerai benda alah tadi berlari-lari kecil ke gerai yang Mira maksudkan..
"lahhhhh.. ni bukan kucing siam, Mira! ni kucing Parsi!"

okey! cukup intro! hahahaha...
kisah kat atas rekaan semata-mata tapi memang pernah jadi pun! cuma situasi berbeza.. siapa-siapa nama Mira Ya Ampun yerk! tumpang guna nama kejap kat atas.. theeeehehe....

kalau nak tau, kucing terbahagi kepada 2 jenis: cat-long hair & cat-short hair
Kucing Parsi = cat-long hair
Kucing Siam = cat-short hair

sekarang, teka yang mana Parsi, yang mana Siam?
PANDAI! <--- macam kartun Dora The Explorer
tak sia-sia aku ajar... kiri tu kucing Siam, kanan kucing Parsi!

hah? kucing kat rumah korang kucing apa?
jangan risau.. ada banyak lagi breed kucing sebenarnya.. next entri aku cuba senaraikan breed kucing yang lain ok?

sekarang, tadah tangan & baca ayat kat bawah ni kuat-kuat:
YA ALLAH, PERMUDAHKAN SITI NUUR HIDAYU BINTI MUHAMMAD YANG COMEL INI UNTUK MENJAWAB PEPERIKSAAN PADA HARI INI

terima kasih sebab doakan aku! keh keh keh...

02 Januari 2012

shoutmix unavailable


tangggg!! blogwalking aku terbantut tadi bila aku check shoutmix aku dah tak available... 

ceit! siapa yang pakai free plan macam aku memang dah tak boleh selamatkan dah shoutmix tu.. so, better tukar lah 'kotak jerit' anda. sekarang, aku dah BERTUKAR!

weeee... HISHAM MOHAMAD pengguna pertama shoutbox aku.. hehehe...
aku guna shoutbox pulak sebab aku tengok banyak blog pakai shoutbox ni...
harap-harap lepas ni tak ada masalah!

nak guna shoutbox jugak?
cubit manja KAT SINI

01 Januari 2012

Wuuhuu!

thanx a lot to Aman Wan sebab dia dah promote Wuuhuu!
eh? apesal aku greet cam wakil Wuuhuu ni...
tak, aku nak say thank you kat  Aman Wan  sebab promote online comic!
sadisnya aku penggemar komik tak tahu pun kewujudan web Wuuhuu ni...


siapa pernah pergi rumah aku boleh check bertimbun-timbun komik aku kumpul.. komik-komik tu aku kumpul masa zaman sekolah menengah.. siapa ingat komik Ben paling femes, Le Gardenie???
kalau korang tak pernah dengar pun nama Ben maksudnya korang bukan penggemar komik la tuh.... bukan Ben Ashaari laaa...


tapi disebabkan lanjut usia dengan hidup yang tak terurus kat menara gading sekarang, aku dah tak berkesempatan nak jenguk kedai-kedai buku untuk update komik aku.. sedih!

tapi sedih aku terubat sebab dah jumpa wuuhuu!!!
tak payah bazir duit beli buku dah..! kih kih kih..
tak payah penat-penat pergi kedai buku gaduh dengan mamak sebab komik latest tak sampai lagi!
suka komik jugak?
jom ber wuuhuu dengan aku

Pembuka tirai 2012 : syukur & sedih


  1. Tahun Baru bersama Uztaz Azhar Idrus
aku jenguk blog fuhsantai, khabarnya lebih 70 000 orang yang datang ke Perkarangan Dataran Kemerdekaan Shah Alam! rata-rata yang hadir golongan remaja dan anak muda bersemangat mengalunkan Asmaul Husna.. kalau nak banding dengan mereka yang menghiburkan diri di I-city, Shah Alam tak sampai 5k orang pun.. aku bangga & bersyukur sebab tahun ni berbeza sangat dengan tahun-tahun sebelum ni. Terbukti anak-anak muda kat Malaysia rindu dengan tarbiyah & pimpinan dari alim ulama...
siapa kata orang Islam tak boleh berhibur?


aku tengok gambar-gambar, syahdu... terkilan sebab tak dapat join majlis ni sebab exam pastu banyak lagi la yang jadi halangan tambah-tambah diri ini bergelar anak dara.. sambut Tahun Baru dengan roomate je la dalam bilik sambil ngadap nota & ngunyah coklat m.. takpelah, mungkin lain tahun kalau umur panjang...

kepada sesiapa yang tak dapat join majlis dengan Uztaz Azhar Idrus ni, jom terjah fuhsantai untuk tengok gambar-gambar sepanjang sambutan detik 12 malam!

    2. Kes Safwan Anang Taib

Belum reda pun lagi cerita pasal panglima ludah, sekarang timbul lagi cerita panas mahasiswa vs FRU kat UPSI yang berjuang untuk membebaskan Adam Adli sejurus nak menekankan yang mahasiswa memang serius dalam hal AUKU..

aku?
tak berbelah kepada sesiapa pun sebab aku dah penat dengan cerita macam ni dari dulu lagi tambah dengan cerita tokok tambah media massa yang tak pernah jujur.. sampai dah tak tahu yang mana betul, yang mana salah...
emmm... PRU dah dekat.. lepas ni sure banyak lagi isu yang timbul...
aku?
undi adalah rahsia meh! hahaha....

dari apa yang aku tau, Safwan Anang Taib tengah nazak sekarang sebab cedera parah kat bahagian kepala & patah tulang rusuk.. sama-sama kita panjatkan doa moga Allah sembuhkan beliau dan yang paling penting, mohonlah agar Allah titipkan rasa sayang dan kasihNya dalam setiap hati kita supaya takkan timbul hasad dengki dendam antara kita.. 


“The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food.” Someone asked, “Will that be because of our small numbers at that time?” He replied, “No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast al-wahn into your hearts.” Someone asked, “O Messenger of Allah, what is al-wahn?” He replied, “Love of the world and dislike of death.”  [An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

hati ayu: entri serius daripada aku sempena tahun baru..

Growing old is mandatory. Growing up is optional - Anwar hadi

"Where is Allah in your plan? If you live a life where Allah is not a part of it, remember what Allah says in Surah at-Taubah, Ayah 24" - Sheikh Tawfique Chowdhury


SELAMAT DATANG 2012