Jarang-jarang aku buat review novel. Maksudnya aku jarang-jarang baca buku! Wahaha. Bukannn. Ada certain novel/buku je yang boleh memikat hati. Dan selalunya aku akan sangkut dengan writer sampaikan tertunggu-tunggu next novel. Antara novelis yang aku suka Ramlee Awang Mursyid, Hlovate dan yang terbaru sekarangggg HAMKA KERETA MAYAT!
Aku adalah silent reader blog Hamka sebelum beliau cetak buku lagi. Sila kagum dari jauh! Just,
serious masa aku baca 2 bijik buku ni, aku tak tau 'judul' buku ni sebenarnya bukan version asal. Lepas baca, aku gayaknya sangat polos ini google nama buku. Siap google hang! Serious aku tak tau Kamar Sutera & Permata Yang Hilang adalah buku panduan untuk 'orang dewasa'. Dan aku tergelak terbahak-bahak bila Hamka letak judul prekuel kepada Kamar Sutera Permata Yang Hilang 'KINI DIJUMPAI'.
Inai masih dijari, buku HAMKA tetap dihati. WOHA! |
Aku suka gegila baca sebab:
1. Bila baca 2 buku ni seolah-olah bukan tengah membaca. Tapi tengah dengar buku ni bercerita. Ha! Camna gayanya???
2. Kalau mengatuk, baca 2 buku ni confirm mata segaq bugaq bak hangggg!
3. Sambil baca, tengah gelak-gelak adakala boleh 360 termenangis. Nangis sentap! Sentap mak nakkk!
4. Banyak ilmu walaupun ayat semu nak poyo je dalam 2 buku ni.
5. Aku tak tau nak cerita macam mana. Hangpa cari je dulu buku ni baru faham apa yang aku rasa. Ada lagi 2 buku Hamka yang aku tak dapat beli lagi. OTW!
p/s: Kalau aku beli 2 buku ni lebih awal, bagi mak abah baca, mesti aku dapat kawen laaaagi awal! WOHA!
1 ulasan:
Kagum/terharu dari jauh, woha!
Catat Ulasan