16 Disember 2011

kegilaan yang tak terbendung

antara niat pertama aku bila dah ada gaji nanti nak beli kereta idaman! walaupun 90% memember kata "ceh!" untuk kereta idaman aku, tapi aku tetap setia dengan kereta ni...

tadaaaaaa! kenari idaman! black/red!

dah berkali-kali memember tegur aku sebab dah macam orang noob giler bila jumpa kereta petak nih parking kat mana-mana... pulak dah usha siap jenguk luar dalam atas bawah 10minit tak cukup sampai lambat masuk kuliah...
lect: kenapa lambat?
aku: ada pameran kereta kat bawah.. tersangkut.. theeeheeheeee

tambah giler lagi bila aku sanggup merempit kejor kenari semata-mata nak usha sampai puas tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain... memember aku cakap aku kalau dah nampak kereta kenari dah macam nampak shahrukhan!

giler melantun-lantun bila tak pasal-pasal aku takleh tegur classmate aku yang sorang itu sebab dia pakai kenari merah.. sebabnya jeles tahap gaban! apesal dia beli kenari merah jugak? abes laa stok kenari merah untuk aku!

tapi wondering jugak zaman aku dah kerja nanti agak-agak wujud tak lagi kenari nih?
cukup kempunan pakai untu setahun dua pun cukup laa.. lepas tu boleh la nak tukar kereta mewah yang lain..

eceh! berangan banyak la kau!
bukan berangan, ni impian! impian! moral untuk aku semangat belajar!

1 ulasan:

hazanis berkata...

xsabar nak ada kereta sendiri..:(