27 Ogos 2010

adoyai~

seminggu ni bz.. elok lak celcom buat hal.. x boley nak on9...
sabtu+ahad ni pulak aku ber...tukar! student-->askor
memang x sempat nak wat pa laa...
kalau ada masa free sket pon pasti aku akan ambik kesempatan untuk 'syahid'....
buat sahabat2 yang dirindui.. *adoi, jiwang*
sedey gila x dpt join JALAN-JALAN BUKAK POSE 2010..
sapa2 yang baca entri aku neh, sampaikan salam windu aku ea kt len2...
insyaAllah ada rezeki, jumpa lain kali....
tempat jatuh pun dok tingat, apatah lagi tempat belajaq
windu kat hgpa suma
(T_T)
-dengan ini aku isytiharkan blog ini SENYAP untuk seketika-
my lappy+baby akan diserahkan kpd duwey untuk sementara

23 Ogos 2010

senario weken

pagi sabtu

petang sabtu

malam sabtu

pagi ahad

petang+ahad malam
baru kalut nk berehkan segala macam hal.. bila nak berubah???

20 Ogos 2010

First appointment

haih! berminggu-minggu Ayu tunggu nak pergi Hospital Serdang sebab kelas padat isnin-khamis...
hari jumaat ja free.. tapi sebelum nih ada ja hal kacau hari jumaat..
test, kelas ganti, test lagi, masalah kat ladang....
at last hari nih Ayu free jugak.. dapat la merempit g hospital serdang dengan Abin...

 ingatkan dapat apoimen hospital serdang dapat rawatan kat situ jugak..
tengok2 kena p HKL. Panjang lagi perjalanan rawatan Vitligo ni.
nurse tuh kata boleh ja nak amek rawatan kat sini.. tapi kena tgu bulan 11 nanti
..
umangai!!! lama gila nak tunggu.. huhuhu....

Ikut ja nurse tuh suruh pergi HKL 20 september neh... hari isnin lak tuh...
Ayu pantang kalau ponteng2 kelas neh... Tak best! *ok tipuuuuuu! hehe* 

18 Ogos 2010

ANAK TERBUANG DEPAN BILIK AKU!

dari pintu blok aku dengaq suara dia...
pelik jugak.. mana pegi budak2 blok Kijang nie..
x dengaq ka suara ni dari mana...
sampai ja kat depan bilik, aku bukak kasut.. time letak kasut kat rak aku nampak...
ya Allah..!!! sapa la yang x berhati perut p buang anak nih macam tuh jer..
atleast balut ngan kaen ke x bagi sejuk...
nasib baek x mati lagi.. tapi teruk jugak la keadaan dia..
mata dia penuh dengan 'najis mata' sampai x ley bukak...
pastuh semut hurung.. ada luka2 lagi.. keciannyaa~
lepas letak barang2 tewus aku dukung anak ni g toilet..
aku bersihkan mata, aku mandikan dia terus..
luka dia aku bersihkan then letak gamat.. *minyak gamat je aku ada*
lepas aku lap badan dia, bersih dari suma2 tadi.. subhanallah! chomell gila!!!
gambaq blurr sebab dia x reti dok diam
comel kan????
bulu dia tebal sangat! lembut! macam kucing parsi..
awal2 dia takut.. tiap kali aku pegang mesti dia nak cakar..
lepas aku bagi makan+minum, baru ok.. lepas belai+maen, dah manja pon..
waaa..geramnyaa~
aku letak dalam kotak dia lompat kuaq balek..
nak tido atas katil aku jugak.. manja! rugi tol sapa yang buang ANAK KUCING ni...
makanya, dia jadi milik aku sekarang..
kak alya, rumate aku pun suka sbb dia comel...
siap ber'daftar' lagi anak neh.. kami bagi nama OYEN!

17 Ogos 2010

PROJEK: tak sabar tunggu

tengok la pokok buah dah besar.. x sabaqnya nak tunggu berbuah..
gambar 'sekarang' lepas 2 minggu pindah anak pokok dalam polybag..
kejap jer kan..?
haa, kami tanam rock melon nih guna sistem fertigasi...
nampak x 'wire' itam tuh? kami panggil 'pen' sebab bentuk dia macam pen..
pen nih tempat air kuaq laa..
kira x payah siram pokok dengan cara manual hari2.. pen nih dah siap cucuk dah dalam setiap polybag..
then set masa kat ibu pam.. contoh, set air akan dipam setiap 1 minit..
biar jer, apa yang kena wat just pastikan 'pen' berfungsi...
air yang mengalir bukan air paip semata-mata okey!
air dalam tangki kami dah bancuh dengan 2 jenis baja....
pH air ni awalnya 1.6-1.8.. tapi setiap 2 minggu camtuh kena naekkan siket demi siket pH air baja nih.. macam tuh jugak dengan set air.. air yang dipam pun masa dia berubah2 ikut tumbesaran pokok..
pH air sukat gune EC meter
pokok rock melon ni sama jugak mcm pokok tembikai.. jenis me'rayap'..
so dah besaq macam tuh, kena prepare tempat untuk dia merayap...
baru aku pasan, tiap kali p ladang baju ungu ni ja aku bedal.. haha...
kira dah jadi baju ladang la nih
see! guna tali rapia ja.. tebuk sket lubang kecik kat polybag then ikat..
sebenaqnya gambaq tuh sebelom kami kena teguq dengan pegawai pertanian..
tali rapia x leh ikat tegang sangat.. biaq kenduq+free sekitar muka polybag..
yala, poko mana ada mata nak cari kat mana tali tuh..
so kalau tali tuh ada contact sket+dekat dengan pokok, dia tewus melilit...
sentiasa kena cek, kalau pokok melilit kat pen/x melilit, kita kena tolong dia cari jalan lurus la.. hehe..
lilitkan siket pokok tuh kat tali then nanti pandai2 la dia naik...
haa??? macam pelikkan tali tuh tergantung camna?
ni la dia rupa sebenaq tempat aku bekerja tiap2 petang
tali tuh tergantung  ke atas laa.. nanti pokok akan melilit ke atas.. buah dia nanti, wait n see... hehehe
nampak bumbung fertigasi nih cam mahai ja kan? yang putih tuh plastik besa ja..
ni dia makanan+supplement pokok-pokok aku

16 Ogos 2010

apa gunanya???

ramai member aku cakap rajen btoi aku buat blog.. ada masa nuh!
boley plak depa kata aku x dak keja..
sapa kata aku x dak keja? dari aku menaip sorang2 syok sendiri, baek aku tidoq..
banyak sebenaqnya kelebihan blog nih.. banyak jugak bughuknya..
tapi bagi aku blog untuk kepuasan diri sendiri..
kalau dulu aku ada diari setiap tahun, tapi skang x payah baziaq duet dah sebab aku dah ada blog!

tak macam sesetengah blogger yang 'gila'kan traffik.. *maap kalau ada yg terasa*
aku x kesah pon kalau follower aku ada 4 owang ja..
yang penting hajat aku dah lepas..
yang slaloo tenung2 'taip-an' aku, kalau ada yang salah tuh, teguran hangpa amatlah dialu-alukan..
yang tinggai komeng2, lagi aku suka... tak la nampak sangat aku syok sendiri kan.. hahaha
hobi aku membaca.. *tipu! tipu! tipu!!!*
aku x suka beli surathabaq.. lepaih baca jadi alas makan plak..
beli mahai2 then buang.. rugi2.. walopon ada surathabaq yang x sampai singgit, syiling tuh amat berharga woo bagi yang dok hostel.. *lagi tepat bagi owang yg sentiasa basuh baju guna mesin.. haha*
laen la family yang ada title, setiap jenis surathabaq dapat free ja tiap2 pagi..

maka blog la tempat aku luangkan masa cari info2 yg terbaru..
stail pul leh trima sebab blog2 yang aku singgah major satu zaman dengan aku..
lagipun x suka baca surathabaq yang kebanyakannya 'menipu'
erk! adakah ayat diatas akan buat blog aku di'gam'???

em, apa gunanya???
pandangan aku slaloo laen daripada owang..
tapi aku x suka argue2... tak suka gaduh2.. tak suka terasa2..
cuma ada beberapa tempat+owang ja yang leh aku luah pa yang aku rasa..
dan salah satu tempat tuh adalah blog!
maka pabenda yang aku puas ati/tak.. aku taip ikot apa aku nak..
owang x ley nak marah/nak kata pa..
sukati aku nak men'curut' + men'caci' + mem'puji' bila-bila masa..
kalau x suka, ada button chantek kaler meghah ateih nun, klik ja!
sesapa yang bernama sahabat aku mesti dah masak dengan perangai aku..
kan LISA? hehehe
aku x kan tunjuk marah aku depan2, x kan cari gaduh..
kecuali bila dah sampai limit, memang ada jugak la kasut melekat kat pipi!
kalau aku terasa, aku akan cari someone then men'curut'
salah satu tempat men'curut' aku adalah blog!
maka sapa2 yang terasa tuh, emmm... pandai2 lah...
tapi jangan wisau, marah aku sekejap cuma *cewah!*
bila puas marah, aku akan lupa kecuali ada yang gatai dok ungkit2...
bukan takat kasut melekat kat pipi, ada jugak kot yang rasa kaki aku..
kepada yang banyak kali tanya awat aku buat blog, ha, aku dah bagi jawapan..
x full answer, tapi main function blog aku, inilah!
sekian.. heeeee~

15 Ogos 2010

terkenang zaman junior

dulu time aku junior penah aku rasa bengang..
bengan jadi junior UPM.. lagi tepat junior KOSASS.. nak lagi tepat.. junior blok Kijang..
suma serba x kena.. rasa nak memberontak..
tapi sabaq+ikot ja.. nak mati tunjuk belang depan senior? hahaha
abes ja program, mesti bukak port 'tambah dosa'.. hadoiii~
kat blok aku nih jadi 1 tradisi junior kena amek tandatangan senior..
macam bangang ja bunyik sebab keja nih seswai untuk orentasi skola ja..
tapi sebenaqnya cara nih la wat kita kenai+ngam dgn kakak2 yang ada..
paling bes kalau dapat senior yang sama kos..
haaa... x kalut nak p beli buku mahai2 dah...
'angkat' sket kakak tuh kompem leh dapat buku dia.. hehehe.. (pengalaman)
yang posing maut tuh kak chik.. windunya~ kat kak chik (T-T)
baru kejap tadi junior2 blok 'interbiew' aku..
tingat zaman aku junior dulu..
aku ingat dah masuk U ni x dak dah istilah senior-junior..
kena pulak amek tandatangan...
bukan senang nak amek dapat sign depa nih..
dapat pulak senior haru sket, macam2 kena wat...

tapi tadi aku x haru cam senior2 aku.. (cewah!)
task yang aku bagi senang ja..
beli aiskrim 20sen then makan sama2 sambil interbiew..
sambil tulung bisnes aiskrim member, sedap jugak la tgh2 malam dapat ais free.. hehehe
depa pon rasa sonok.. bukan rasa tensen..
hormat sayang dengan hormat takut jauh beza...

13 Ogos 2010

SEmalam

puasa hari ke-2, aku berbuka dengan abang+adik aku, Padel+akim.. walaupun kejap tp syiok!
sayangnya mak+abah x dapat datang skali... (T_T)

otw cari parking kat bazar
padel: subhanallah, ghamainya manusia! dah 3 kali round x jumpak parking neh..
akim: nak wat camna, ni KL.. bukan selama perak..
aku: errr..
....bunyi ekon keta.....

kat bazar ramadhan Serdang
padel: mana nak caghi ayaq tebu nih.. apa pun x nmpak..  lebih oghang dari kedai..
akim: nak wat camna, ni KL.. bukan selama perak
aku: hahahahahaha.... hahahahahaha....

kat kedai makan tomyam
padel: Allah!! posa aku!! jum2 cari tempat duduk len..
(ada minah pakai suaq jean nampak p******g)
akim: nak wat cmna, ni KL... bukan selama perak
aku: hahahahahaha.... hahahahahaha.... hahahahahaha....

sementara tunggu waktu berbuka, abang aku bukak tazkirah sket..(sempat lagik!)
paling menarik Padel cita pasal peristiwa Memali 
(credit to wikipedia.. nak cita x sempat.. ada kelas pasneh.. cekout sendiri ea! hehehe)..
sumpah aku x penah dengaq pasal peristiwa nih..
x sangka penah jadi kat Malaysia benda2 macam ni...
sepatutnya kena letak dalam buku sejarah ni.. hehehe..

11 Ogos 2010

ahlan ya ramadhan

cepatnya masa memecut.. dah sampai akhirnya bulan yang dirindui.. bulan ramadhan yang mulia..
kepada suma sahabat2 + saudara seagama, SELAMAT BERPOSA ea..
puasa kali nih istimewa bagi aku sebab jatuh dalam bulan kelahiran aku..
hahaha.. x dak maknanya.. posa kali nih kena lagi baek dari posa yang lepas2...
chaiyok!!!
buat sahabat-sahabat, teruskan hidup macam besa.. just time lunch ja kan yang berubah..
cayalah, esok tengahari musti ada yang tershashul p kafe. hahaha
hari besa kat U pun kita rasa penat, inikan bulan posa..
tambah pulak jadual padat..
(macam aku.. x dapat bayang keletihan yang melanda time wat keja2 ladang nanti...huhu)
so kuatkan semangat..
x mau letih terlampau bangun la sahuq..
jangan malaih sangat.. sunat tuuu....
sahuq pertama aku+rumate.. dah ciap masak da.. tinggal nak panaskan jer subuh nanti..
amacam, terliuq???? hahahaha
last but not least.. cewah! da lama x guna ayat neh..
manfaatkan bulan mulia ni kay! yang paling penting, ni jangan lupa.. kalau tak sia2 ja.. hahaha

10 Ogos 2010

guling-guling

berguling-guling atas katil pas abes test IT&its application tadi.. soalan mmg sangat2 senang.
 alhamdulillah lepas cek ada la 80% betul
tapi dalam banyak2 yang betul tuh ada 1 soalan sampai sekarang aku x boley terima..
lukis menda alah ni ja tanpa perlu explen siket pun..
sangat2 senang kan??
selalu benda senang la kita tak fokus. tak silap aku selak diagram neh sekali ja malam tadi..
ingat2 macam tuh ja.. aku sedih sebab full mark untuk soklan ni 18 markah!!!
tak ka haru namanya?
soklan kena explen berjela-jela max 10 markah ja. boley pulak skor..
ini lukis seciput ni 18 markah?
arrrrrrggghh!! tolong la, boley pulak 'memory' dengan 'storage media' tuh leh tertukaq tempat...
aku nak tengok soklan nih aku dapat brapa markah nanti..
lepas tengok aku nak gelak kuat2.... padan muka aku! hahaha...
esok test animal nutrition plaks!
doakan aku ekkk!
(tolong la jangan ulang silap yg sama untuk subjek yg laen)

06 Ogos 2010

PROJEK: maju setapak

hari jumaat hari yang paling bahagia sem ni sebab x dak kelas.. haha.. tapi ada tanggungjawab laen plak sekarang.. plan hari ni nak pindahkan ikan p kolam besaq. sebelum ni pakai kolam simen ja, kira macam orentasi la seminggu.. haha..
comel kan.. anak2 ikan ni slalu wat formasi.. hehe
pagi-pagi lagik kami dah turun untuk anyam jaring kecik.. agak2 kat permukaan air..
jaring nih untuk halang makanan ikan keluar dari jaring utama..
nanti ikan laen kat luar jaring pulak yang kenyang. kesian ikan2 dalam jaring..
dah la kecik2 lagi, x mampu nak compete dengan ikan2 yang dah besar luar jaring nun..
mana datang ikan kat luar jaring?
haa.. ikan2 tuh saki baki projek terdahulu  laa.. biasa la, duk dalam jaring ada yang hyperactive, lompat keluar dari jaring.. sebab tuh jaring kena sangkut tinggi siket.. ikan tilapia nih atlet lompat tinggi.. haha..
pacak khusyuk menganyam..
oya+aja tengok ja? haha
lepas siap menganyam, kami teruskan dengan sesi grading..
grading ikan nih nak asing yang kecik+besar.. ritu ikan sampai bukan suma sama saiz..
sebab grading : ikan kecik makanannya laen dari ikan besar.. sebab tuh kena asing..
lagipun nanti yang kecik terpaksa compete lak..
sedapla UPM kasi 3 petak kolam untuk 1 group..
leh asing untuk ikan besar, sederhana, kecik..
pintu mana tah depa cilok.. nih time grading ikan..
haha.. teknik+style mesti ada wat keja2 tani ni
ingat senang ka nak grading 750ekor anak ikan? huhu
kak candy paling aktif pagi tadi
petua:
- time pindah2kan ikan kalau boleh kurangkan pegang/tangkap ikan dengan tangan.. suhu badan kita ngan ikan laen.. nanti demam lak ikan tuh.. haha..

lupa plak nak cita pasal rock melon. alhamdulillah 1++ biji benih yang kami semai dulu dah naek. ada la beberapa yang segan2 nak hidup tuh, kami buang then semai biji benih laen.. insyaAllah petang nih kena turun p ladang rock melon pulak.. nak uruskan anak2 pokok nih..
gambaq aku wat keja x dak pun.. asyik aku ja amek gambaq orang laen.. huhu..
extra-tugas untuk aku la kena rekod aktiviti suma2 nih..
sempat jugak posing sebelom balek.. hahaha

04 Ogos 2010

Info ringkas vitiligo


“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”
Surah Al-Hadid ayat 22-23



Ingat Michael Jackson? arwah pon salah sorang pesakit vitiligo.. Ramai lagi artis & model ada vitiligo. Sebenarnya nak putih terus macam michael jackson pon boleh.. dia buang semua pigment kulit dia, permenant! Tapi ada beberapa risiko la bila kulit dah tak ada pigment.

vitiligo ni gangguan kronik yang menyebabkan depigmentation/tampalan kulit.
benda ni jadi sebab melanosit, sel yang bertanggung jawab untuk pigmentasi/bagi warna kulit kita mati atau tidak dapat berfungsi.

Ada beberapa hipotesis. Tapi hipotesis paling fofular, punca vitiligo nih dari autoimun, genetik, oksidatif stres, saraf, atau virus. dalam dunia ni kurang 1%  orang ja dapat penyakit nih.. kira Ayu nih termasuk dalam golongan istimewa la.. haha...

tanda-tanda:
- mestila tompok2 kat kulit. mula2 kecil, lama2 besar. selalunya kat muka, tangan, mulut, mata, hidung, kawasan bertulang dan sendi.

Setakat ni tak ada rawatan spesifik yang menjanjikan vitiligo boleh 100% sembuh. Tapi ada beberapa rawatan yang boleh cuba. Tapi keberkesanan bergantung kepada badan seseoarng. Nanti Ayu cerita bab rawatan ni kat entri lain ok?

Peace!

03 Ogos 2010

DILEMA: tolong pilih wey..

kecewa+sedih dengan 'sumthing'.. ingat dah habis,
rupanya menyesakkan lagi keadaan yang memang dah sesak...
aku manusia biasa, ada tahap kesabaran...
kalau dah overload, naek 'pecah' jugak..
kalau hangpa ada di tempat aku, agak2 pilih jalan mana?

JALAN 1
- buat perubahan daripada 'jalan' sebelum ni sebab lepas 1 kejadian antara 2 pihak, banyak sangat kebencian, dusta, fitnah, aniaya, isu antara dua darjat, emm... macam2 lagi laa masalah hubungan antara manusia-manusia yang sentiasa ada. dah tak mampu untuk perjuangkan hak sebab berat sebelah. tapi perubahan ni perlukan masa+usaha+kesungguhan untuk berjaya tahun 2013 nanti...

JALAN 2
- teruskan kat 'jalan' yang aku ikut sekarang untuk setahun lagi.. manfaat 'jalan' sekarang tersangat banyak. tapi perlukan ketahanan mental.. risikonya, manfaat yang banyak tuh belum tentu dapat dengan sempurna. bergantung pada urusan orang atasan.. kalau dah manfaat x sempurna, memang x cukup masa untuk 'cover'. dan semestinya manfaat yang x sempurna tuh akan mencacatkan kecemerlangan yg ada. tambah pulak takut tempoh setahun tuh rasa azab macam 10tahun.. emm, camna tuh?

02 Ogos 2010

PROJEK: anak2 da sampai

28 Julai ritu 'anak2' aku da sampai..
ikan tilapia neh amek masa lebih kurang 6 bulan nak membesaq..
so, anak2 yang sampai nih kira besaq dah la..
lusanya pulak kami dah mula semai 1++ benih rock melon..
ni dia 750ekor anak ikan tilapia
emm, kalau dulu aku slalu dengaq ikan baru sampai tak boleh pindah terus keluar dari plastik/bekas sebab ikan tuh duk pening2 lagi.. maklumla, baru lepas travel jauh.. hahaha..
tapi yang sebetulnya, plastik yang ada anak ikan tadi kena rendam sat sebelum kuakan anak ikan..
lepas suhu air dalam plastik+kolam sama(agak2+rasa2), baru la leh lepas anak ikan. tu pun bukan tuang terus, kita bukak laluan ja.. biaq ikan tuh berenang sendiri keluar dari plastik..
maknanya ikan tuh sendiri akan sesuaikan diri dia dengan suhu air baru dengan suhu air sebelom nih..
macam kita gak la, jap panas, jap sejuk.. mesti naek demam kan..
tengok, depa keluaq sendiri
see, bermulalah keja2 kuli kat ladang 1 sem ni..
haih, sem ni memang full r..
tapi xpa, abah cakap ni suma cabaran.. t dah keja lagi sibuk..
jadual untuk group x siap lagik.. so macam kalut siket la suma nak wat..
alhamdulillah dapat ahli2 group yg mmg spoting abes!

sapa yang rasa tingin nak wat keja2 tani neh,
insyaAllah aku akan update blog aku nih slalu dengan tips2+pengalaman yang aku dapat
doa2 la projek aku nih dapat untung!

TAHNIAH KAK LONG!

Alhamdulillah, kul 10pm tadi aku selamat sampai UPM
aku balek kampung selesaikan 2 perkara
1, selesai sudah walimatul urus kezen yang pertama antara cucu2 arwah Mat Alwi.
1 perkara g biaq la ghahsia.. wakaka
meh tengok kak long aku yang tomei ni!

abg fendi terkezut ada paprazi amek pic! haha



ni x sampai separuh anak dara cucu mat alwi..
baru sowang yg kawen.. ramai g blom!! agak2 pasni sapa? haha


ingatkan balek UPM rini fadhil leh antakan.. huhu..
barang2 aku dari sem 1 banyak x guna wat semak bilik ja..
x pa la.. ada hikmah fadhil x leh anta..
anyway credit to mak njang+family tumpangkan aku sampai UPM!
cute kan? =)