14 Oktober 2014

Mommy to be: Buku Merah Pertama :)

Syukur! tu je yang mampu aku describe sekarang. Rasa macam tak percaya dalam perut sekarang ada baby yang tengah membesar. Alhamdulillah. Percaya & yakin Dia Maha Mengetahui bila dan apa yang terbaik untuk kita. :)

First time in my life kan. Bila UPT (Urine Pregnancy Test) positive, kalut je aku & husband contact siapa-siapa yang berpengalaman. Nak tanya apa kena buat. Wahaha. Banyak la nasihat-nasihat yang aku dapat. Thanx u olls. Tau tak soalan wajib aku tanya? Nak buat buku merah kat klinik swasta ke kerajaan?

Lepas dengar komen-komen orang & sempat baca pengalaman dari blog2 mommy-to-be, aku decide untuk buat buku merah kat klinik kerajaan, Sri Kembangan. Berhadapan dengan South City Plaza. Maka bermulalah perjalanan aku dengan penuh debaran kat situ. Nasib baik husband ada tawww. Para suami, aku nasihatkan teman la wife tersayang korang tiap kali nak buat checkup. 

Sampai je kat klinik, aku terus pergi bahagian Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Perghhhh, ramai gilos ibu mengandung & ibu kendong baby. Plus bapak-bapak lagi. Memang crowded. Kami mencelah je pergi ke kaunter untuk ambik no giliran. Masa tu kat kaunter takde nurse. No giliran 2204, masa tu baruuuu 2107. Then kitorang decide brekfes dulu. Ada gerai comel kat tepi klinik. Nasi lemak dia boleh tahan sedap!

Lepas makan, tunggu la kitorang kat luar sebab kat dalam crowded sangat. Selang beberapa minit, husband jenguk tengok no. Haaa, ni la guna bawak suami pergi checkup. Heeeee. Bila dah lama sangat tunggu, husband pergi kat kaunter balik. Kalini ada nurse. Haaa, nurse tu cakap tak kira la no lambat lagi ke apa, yang penting kena isi buku merah dulu untuk pendaftaran baru untuk diorang key-in data. 


Masa aku hantar balik buku merah yang dah siap isi, baru aku perasan, diorang tak panggil ikut urutan ponnnn. Tak tau la kalau haritu memang berterabur. hahaha. Tapi aku rasa no dipanggil ikut kes kot. Dalam setengah jam jugak la menunggu lepas hantar buku merah, at last no aku di panggil.

Step 1: Ujian saringan antenatal
Nurse ambik sample darah untuk check hemoglobin, HIV test, dll. Sakit? Kalau yang dah biasa derma darah dah biasa dah kot. Takde la sakit sangat. Rasa macam kena cubit dengan cikgu Math sekolah rendah dulu je. hahaha

Step 2: Hantar sample ke makmal & ujian air kencing
Lepas ambik sample darah, aku kena jalan sendiri pergi makmal bawak sample darah. Letak buku, letak sample darah dalam bakul, ambil bekas untuk sample air kencing terus ke toilet. Masa tu nasib baik takde orang. Toilet pun kosong and cepat je result dapat. Kalau ramai orang, nurse cakap bekas sample air kencing kena tulis no pastu kena tunggu sampai result siap then, lapor diri ke bilik yang dah di beritau.

Step 3: Bilik khas
Haaa, ni part paling lama. Alhamdulillah aku dapat nurse yang baik, peramah, comel pulak tu. Macam member je sembang dengan dia. Kat sini kena ukur berat, tinggi & tekanan darah. Alhamdulillah tekanan darah aku normal 113/66. Nurse cakap tekanan darah normal antara 110/70 - 120/80. Lepas tu nurse tanya pasal history penyakit, suami merokok ke tak, kitaran haid and macam-macam lagi. Haaaa, part kitaran haid ni makesure kena ingat bila last period sebab nurse nak kira due date.

Dalam bilik ni lebih kurang macam kaunseling la. Nurse bagi nasihat & tips-tips. Haa, masa ni nak tanya apa, tanya je apa yang patut. First time mengandung kan. Hehehe. Dari bab makanan, senaman, supplement sampai la ajar aku practically macamana cara nak detect breast cancer. Aku dinasihatkan setiap bulan kena buat rutin check breast cancer. Disebabkan kandungan aku baru je 4minggu, nurse tak palpate/scan lagi sebab kecik.

Step 4: Farmasi
Lastly, ambil supplement kat farmasi.

Alhamdulillah, selesai la sudah first check-up dari pagi sampai la pukul 2pm. Next appointment bulan depan. Harap-harap aku dapat nurse yang sama! hehehe.

13 Oktober 2014

Apps thorbaek - Period Tracker

Choi! Girlssss, ada yang tak suka tanda hari-hari special! Lepas baca entri ni sila muhasabah diri. Penting tau tak kita kenalpasti hari-hari istimewa sekali setiap bulan. Tambah-tambah siapa yang dah kahwin. Lagi laaaaa kena tau kitaran masing-masing.

Kalau dulu dalam purse mesti ada kad kalendar kecik untuk tanda period. Tapi tu la, tiap kali nak tanda teraba-raba satu rumah cari pen. Tapi sekarang dah tak payah risau dah sebab dah ada android apps paling best pernah aku guna setakat ni - Period Tracker!

Cepat-cepat install dalam smartphone korang!


12 Oktober 2014

Nuffnang - Rezeki duit tabung


Alhamdulillah, sejak dua menjak ni murah rezeki masuk banyak iklan walaupun takde la kerap sangat hupdate. Azam dah berapa kali azam dah ye nak selalu hupdate. Tapi perlaksanaan hampeh je. Muahaha.

InsyaAllah akan keep huaiting! untuk kekalkan prestasi blog sambil share ilmu yang ada di dada & pengalaman yang tak seberapa. Boleh la buat beli duit pampers anak esok2. kikiki.

ARIGATONE, NUFNANGG!!!

11 Oktober 2014

TAK PUAS HATI! Karpet JAKEL tak berkualiti!

Bukan selalu aku nak merepek sampai buat entri kat blog. Aku memang tak puas hati dengan kualiti karpet yang aku beli masa JAKEL buat promosi kat Bandar Baru Bangi raya puasa haritu. Siapa pernah shopping kat sana bulan puasa baru-baru ni???

SUMBER
Semangat pengantin baru tak habis lagi katakan. Masa jalan-jalan cari baju raya, terlintas area karpet. Broscience ni mengalahkan aku cerewetnya nak hias rumah. Huntong la ada laki yang rajin hias rumah. kihkihkih. Pilih punya pilih terkenan la dengan karpet merah bak delima ni dengan harga selepas sesi tawar menawar RM180.

Tapi tengok la. Tiap-tiap hari aku kena nyapu benang gugur dari karpet ni. Buka sekali. Dah sapu tak sampai 2 jam haaaa guguurrrr lagi. Semak mata mandang heyyy. 

Masa mak aku datang melawat haritu karpet ni la yang first sekali dikomennya. Cenggini baik beli karpet 10 hengget kat downtown! Kalau aku  ada anak kecik ni dah penuh agaknya perut dia menelan benang karpet! 


Infused water - Air rendaman buah

Nama melayunya aku tak sure nak sebut macam mana. Try translate kat Google seryes tak sedap bunyinyeeee. Air diselitkan??? Takpelah. Sebut je la ye infused water ye. Dah jadi trend dah sekarang infused water ni. Kalau Google bersepah dan semestinya buat mata korang tak berkelip nengok buah-buah yang terendam dalam air sejuk. Brrrrr!


Elok la buat infused water ni untuk siapa yang sekepala dengan aku yang susah nak minum air kosong. Memang terbukti konsep infused water ni banyak benefit kalau nak banding beli air tin ke, soda ke, air kotak ke. Jimat pon jimat. Just shopping buah yang nak pakai & air kosong je. Biar dalam fridge paling kurang 2-8 jam dah boleh minum. Tak payah gatai-gatai nak tambah gula pulak. 


Bukan cakap kosong. Aku menyahut konsep baru ni dengan buat first try. Aku pilih untuk mix lime + lemon + orange. Saja aku tambah sikit daun pudina untuk kesegaran baq hangggg. Dan untuk tambah lagi sedap mata memandang, buat la infused water ni dalam bekas kaca. Baru nampak freshhh gitu. Ceh! Nasib aku pakai kamera murah je ni. Hewhewhew.

Actually setiap resepi ada benefit yang tersendiri. Ni antara yang aku jumpa. Banyak lagi resepi yangkorang boleh try. Aku pun tak sabor nak ngabeh kan 1 jug ni then try mix buah-buah lain.

SUMBER

SUMBER
SELAMAT MENCUBA!!!


09 Oktober 2014

Nilai strongman Challenge!!!

Assalamualaikum wbt...

HAHaha.. Gua kembali lagi dengan mood dan semangat baru!!!

Fez n foremost gua nk ucapkn terima kasih banyak2 kepada sume yg terlibat dlm melatih gua ntuk meningkatkan kekuatan dri sehari ke sehari.

Especially bni gua #iyou.. serta masta masta.. sifu sifu.. dan sewaktu dengannya,

Tuu diaa. event yg dinanti kan suda tibe.. Nilai strongman challenge 2014. My fez official competition. Alhamdulillah, rezeki Nya, mengizinkan gua yg kerdil ini mencuba kekuatan yg di kurniakn oleh Nya.

Dare to test your strength?? Ayuh. Kita uji kapasiti kita. Hehe InsyaAllah.


03 Oktober 2014

memilih calon SUAMI?

Aku still tak habis lagi nak cerita bab kawin. Biasala, pompuan kan. Muahaha. Sukacita aku nak bagitau dari zaman sekolah menengah, aku memang target umur paling lambat kawin is 24. Alhamdulillah! Tercapai! So apa yang penting, istiqomah la berdoa sebab bab2 ni semua rahsia DIA.


Aku dah lama niat nak up entri ni sebab aku rasa babak chenta aku sumpah macam hindustan. Lagipun sekarang aku dah selamat jadi bini orang. So takde la yang nak eleh eleh dengan aku ye dak.

Menang ada banyak, tapi ni aku share pengalaman sendiri. Bukan copypaste tips dari majalah Remaja ye! Khasnya untuk kaum hawa: TANDA-TANDA KAU PATUT PILIH LELAKI LAIN!


  • Gaduh bab remeh temeh.

Lambat reply sms: gaduh sejam. Lambat jawab call: gaduh seminggu. Belum part kenapa tak like status facebook lagi tu! Esok-esok lepas kawin haru laaaa nak ngadap kes macam ni.


  • Asal sebut pasal kawen, dia marah2.

Memang betul orang cakap. Perempuan diuji bila lelaki tak punya apa-apa. Lelaki diuji bila lelaki punya segalanya. Saat dan ketika poket beliau padat, bila aku bukak pasal kawen je, beliau buat muka.

Paling tak best bila beliau cakap "ada banyak lagi benda lagi penting nak fikir selain kawen". Busy keje ye banggg. Time awal-awal ngorat dulu keje tak banyak pulak kan. So, bagi kata putus. Kalau betul nak,kotakan janji datang rumah jumpa mak abah. Kalau tak, jangan kacau. Sampai ke sudah beliau tak ada respon. Nasib aku tak tunggu lama. Sakit hati jangan tanya leeeeer. Kat sini je dah berapa tahun terbazir.


  • Mak ayah beliau tak suka.

Dugaan besar dalam hidup aku bila kena reject sebab penyakit yang Allah kurnia kat aku sejak 2010. Usaha dan terus usaha cuba macam-macam tips tapi makin dibenci. Siap kena perli baikkkkk punya. Sabaq ja la nooohhh. Sungguh, tak kenal maka tak cinta. Kenal pun tak nak.

So, aku tak tunggu lama sebab dah ada yang sudi ganti. Direct cakap dengan abah nak masuk minang. Kan sonang. Dan sekarang, dah pun selamaattttt. Alhamdulillah.


p/s: Bukan marah, nasihaaaaaaaaattt. muahaha.

25 September 2014

PIRATE FITNESS DEADLIFT CHALLENGE


Assalamualaikum wbt....


Yeahhh,, Tora datang lagi dengan pintu hikmat!! Hahaha.. Amacam guyz? Dah lame gua tak up entry baru,, mesti rindu dekat gua nih. haha. (sila muntah)



Awal mula pertama mula, gua nak berkongsi nieh yang gua sebok sampai tak dan jari jemari ni nak tekan papan kekunci haa..



Dan di kesempatan ini, gua turut nak berkongsi kenangan manis dengan uollz mengenai deadlift challenge yang gua join bebaru ni dekat pirate fitness serdang. Hahaha.. Alhamdulillah gua merangkul nombor 1 dalam challenge tersebut (alahai, event kocikk jo)... 



Deadlift challenge tu divide by weight catagory, ala-ala powerlifting la.. Which consists of 4 catagories namely as 65-75kg, 76-85kg, 86kg and above, Open Catagory... Tapi organizer dy pon not bad la.. Sume tersusun. So, ni dia beberapa foto yang ade yang dapat gua kongsikan ng uollz. ^_^


with the Malaysia's finest powerlifter, Muaz

Me deadlifting 200kg (including bar)- Winner under open catagory -

Wit my lifting partner! Adli a.k.a BOB

Barisan pemenang Deadlift challenge 

15 September 2014

Vitiligo Bond Malaysia - Facebook Group

Lama tak share pasal vitiligo. Ada good news! hehehe, Good news tu nanti simpan kat next entri. Entri kali ni aku nak promote lagi sekali facebook group satu-satunya kat Malaysia ni yang mengumpulkan 'insan terpilh' ataupun 'orang-orang istimewa': VITILIGO BOND MALAYSIA.

Group ni mula-mula aku masuk tak sampai 20 orang pun. Kira aku antara senior dalam group ni la. wahaha. Tapi sekarang, dah nak cecah 300!!! 


Sesiapa yang kat luar sana yang senasib dengan kami, jangan malu-malu request masuk group. Kat sini kita semua sama. Boleh share masalah, kongsi pendapat, tukar-tukar pandangan bla bla bla... Jom!

13 September 2014

Pengantin tak cukur kening, tak pakai bulu mata palsu.


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.


Choiiii! mata kau dah cukup cantik. Tak payah crop sana sini!

Walimah sebelah perempuan make-up tak ada masalah. Sebab sepupu yang make-up kan. So dari masa aku lantik beliau as mak andam aku dah pesan apa yang aku tak nak. Setel! Tapiiiii, walimah sebelah lelaki aku tak dapat nak kawtim awal-awal dengan butik andaman. 

Sekarang zaman semua dah tau cukur kening & pakai bulu mata tak boleh. Aku memang rasa tak best masa nak tolak cukur kening & pakai bulu mata. Nasib baik masa tu bff aku tolong panggilkan broscience. Broscience cakap nak garang siket terus tak jadi nak cukur kening & pakai bulu mata. Sepanjang sesi make-up broscience dok tunggu makcik ni mengandam. tu tak boleh. ni tak boleh. Wahaha. 


Sepatutnya veil ungu yang aku pakai tu adelah tudung dari butik. Memanglah besar. Jarang nak mampos! Tudung grey adelah tudung sendiri yang aku bawak. Lagipun aku memang bukan peminat shawl.Tudung petak tetap dihati. Pakai je. Mak andam tak boleh cakap ape. Kau punya majlis.

Lagi satu. Ada ke pesen letak rantai luar tudung. Mak andam sempat letak 10saat je. Pastu aku mintak bukak. Dah la berat. Tak selesa. dan yang paling penting, TAK SESUAI LANGSUNG okey pakai rantai luar tudung.

Tips nak tolak cukur kening & pakai bulu mata:

1. SUAMI! yes! Para suami! 
Firstly make sure mak andam bini kau adalah 'MAK' andam. bukan celup2. Sanggup keeee laki lain sentuh2 pipi, bibir mulus bini kauuuuuu. Walaupun gerak lentok gaya semua kalah perempuan sejati, tapi beliau tetap LELAKI! 

2. SUAMI! Yes! Para suami again! 
Musti tegas. Bagitau siap-siap kat mak andam apa yang kau tak nak, apa yang kau nak. Nak request color pun boleh. Apa nak risau. Kita bayar upah kan??? Lagipun, kau ada kuasa veto untuk cakap 'tak boleh'.

3. SUAMI! Yes! Panggilan akhir untuk suami!
Teman la bini kau disolek dari awal sampai habes. :)

4. Pilihan di tangan awak, pengantin. Bukan di tangan mak andam.
Sekian.

Lain-lain foto by Wong Loro Production - Pakej fotografi student price!














05 September 2014

REVIEW NOVEL: KAMAR SUTERA & PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI

Jarang-jarang aku buat review novel. Maksudnya aku jarang-jarang baca buku! Wahaha. Bukannn. Ada certain novel/buku je yang boleh memikat hati. Dan selalunya aku akan sangkut dengan writer sampaikan tertunggu-tunggu next novel. Antara novelis yang aku suka Ramlee Awang Mursyid, Hlovate dan yang terbaru sekarangggg HAMKA KERETA MAYAT!

Aku adalah silent reader blog Hamka sebelum beliau cetak buku lagi. Sila kagum dari jauh! Just,
serious masa aku baca 2 bijik buku ni, aku tak tau 'judul' buku ni sebenarnya bukan version asal. Lepas baca, aku gayaknya sangat polos ini google nama buku. Siap google hang! Serious aku tak tau Kamar Sutera & Permata Yang Hilang adalah buku panduan untuk 'orang dewasa'. Dan aku tergelak terbahak-bahak bila Hamka letak judul prekuel kepada Kamar Sutera Permata Yang Hilang 'KINI DIJUMPAI'. 

Inai masih dijari, buku HAMKA tetap dihati. WOHA!

Aku suka gegila baca sebab:

1. Bila baca 2 buku ni seolah-olah bukan tengah membaca. Tapi tengah dengar buku ni bercerita. Ha! Camna gayanya???

2. Kalau mengatuk, baca 2 buku ni confirm mata segaq bugaq bak hangggg!

3. Sambil baca, tengah gelak-gelak adakala boleh 360 termenangis. Nangis sentap! Sentap mak nakkk!

4. Banyak ilmu walaupun ayat semu nak poyo je dalam 2 buku ni.

5. Aku tak tau nak cerita macam mana. Hangpa cari je dulu buku ni baru faham apa yang aku rasa. Ada lagi 2 buku Hamka yang aku tak dapat beli lagi. OTW!

p/s: Kalau aku beli 2 buku ni lebih awal, bagi mak abah baca, mesti aku dapat kawen laaaagi awal! WOHA!

04 September 2014

THIS ARTICLE YOU MUST READ! - 7 things do not do after meal - Broscience

Assalamualaikum wbt,

Huarghhhhhhhhhhhhh.. gua kembali lagi dengan artikel nonsense gua. hahaha.. ari ni ada cikit rajin mau update entry (jgn tanye nape ayat gua macam bangla.. koz gua baru je balik kije nieh.)

nahh,, berdasarkan tajuk entry gua ari ni,, TUJUH PERKARE YANG KITE JANGAN BUAT SELEPAS MENTEKEDARAH

1. Jangan merokok- hahaha,, as we know, merokok membahayakan kesihatan. benda ni dah terlalu umum, so malas gua nak criter panjang al lebar,. stay fit, stay healthy guys

2. jangan makan buah selepas makan- okeh, uols pon da bace entry gua seblom ni, pasal makan buah sebelum makan nasik rite? amalan Rasulullah tuuu.. so amalkan lah ia insyaAllah tubuh sihat badan cergas

3. Jangan minum teh semasa makan- Okeh, ni pembelajaran agak baru untuk gua dan kawan2 readers skalian. mengape perlu dielakkan? bkoz daun teh mengandungi asid yang tinggi. asid ini akan mengakibatkan protein dalam makanan yang kita consume everyday menjadi keras dan sukar untuk di hadam. nah, jadi macam mane nak minum teh lpas nie??? hahha, relax, minumlah sekurang kurangnya satu jam selepas makan. ini kerana untuk memberi ruang kepada protein itu di cernakan

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda!- hahhaha.. agak kelakar, tapi inilah hakikat. mengape pulak makan kne mengene dengan tali pinggang?? Ia nya habit yang buruk bukan kerana ia menyebabkan usus terbelit atau sumbat (seperti yang selalu orang2 dulu kata) tapi ia sebagai indicator yang menunjukkan kita dah over eat!!! Jadi makanlah berpada pada.. back to basic, berhenti sebelum kenyang..

5. Jangan Mandi selepas makan!- Mandi selepas makan akan meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan badan. Oleh itu, jumlah darah di keliling perut akan berkurang yang mana akan melemahkan sistem penghadaman kita.

6. Jangan berjalan directly selepas mentekedarah!- Berjalan selepas makan bukanlah kardio yang bijak untuk anda lakukan. Diz will lead to indigestion inside our stomach. In case kalo uols da menggeletek sangat nak wat kardio, berjalan lah at least sejam setengah selepas makan, ok?

7. Jangan tidor lepas makan!- Hahaha yang last ni gua malas nak ulas pulas panjang panjang. Lu pikirla sendiri. hahaha.. Bkoz makanan memerlukan at least 4 jam untuk complete digest dalam perut. Jika kita tidur ketika ia belum sempat di hadam, di khuatiri akan menyebabkan jangkitan di intestine (intestine kotor juga punca kentut bau lubang jamban kayyy..) dan gastric.

Datz all folks. stay fit stay strong guys.

Create that stronger version of you!




Pakej Fotografi - Student Price!!!!


Haaaaa... tuuudiiiaaaaa...
Student price pakej fotografi dari Wong Loro Production. Mana mau cari??? Sila klik laju-laju FB diorang. Siapa yang tak reti nak posing bagai jangan risau. Photographer memerangkap ex-schoolmate aku ni akan hilangkan ketidakretian korang. Muahaha.

Masa majlis resepsi sebelah lelaki, aku puas hati guna khidmat Wong Loro Production ni. Tengok teaser diorang letak kat FB je dah buat aku tak duduk diam tak sabar tunggu DVD sampai nak tengok gambar-gambar lain.








Gambar lain-lain akan menyusul nanti kayyy. Sekian.

01 September 2014

How to eat right?? - Broscience

aassalamualaikum wbt.

salam merdeka uolss..hahaha setelah sekian lame gua tak update info kat uol mesti uol dahagekan info2 bermanfaat dari gua kn hahaha (cis, poyo sungguh beta)..

orait.. based on the above mentioned (ayat skema email ke bos gua tym keje), how to eat right????
when to eat right?? what to eat???

sume-sume ni kite acap kali tanye dalm hati (malu nk tnye yang pkar, koz xleh trime idea n ilmu dorg) sehubungan dgn #ketidakpandaian dan #kesombongan itu, maka terbitlah ajaran2 sesat seperti makan nasik jadi gemuk... skip meals,. etc..

well ladies and gents,, the best way to plan ur eating schedule very easy, juz follow Prophet Muhammad (pbuh) on his way of eating. sume nye sudah lame termaktub dalam hadis2 dan cerita dari sahabat2 baginda.

Below are some of examples that u can follow to start up ur healthy lifestyle:


1. Baginda owes starts wif fruits first before go to heavy meals.
- Sebagaimane yg kita ketahui, buah sememangnye kaye dgn serat/ fibres. Bende alah ni la yg menyebabkn perut trase penuh dan knyg. Oleh kerana kte sudah pon mengunyah buah2 terlebih dahulu, maka, perut sudah mula stabil, dan kurg lapar, oleh itu, nafsu serakah nak mentekedarah nasik selambak pon hilg. hehehe.. so nasik yg slame ini sering di persalahkn menjadi punca kegemukan kini tidak lagi menjadi mangsa keadaan.

2. Baginda gemar memakan roti yang di perbuat dari gandum asli (whole grain wheat)
- Apekah beza antara tepung gandum proses dan gandum asli?? Whole grain ni mngndungi protein, serat dan vitamin E yg tinggi berbanding proses yakni bermaksud dpt mengurangkan risiko sakit jantung, serta paras kolestrol dalam bdan.

Dalam satu riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

3. Baginda gemar meminum madu

- Baginda mengamalkn meminum air yang di campur sedikit madu setiap pagi bagi menghindarkan segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69).

4. Rasulullah melarang meninggalkn makan malam.

-Tadaaaaaa... ni la part yg paling gua nak highlitekn... JANGAN SKIP MAKAN MALAM. Baginda makan malam sebelum terbenam matahari yakni maghrib ini kerana makanan mengambil masa at least 4jam untuk di hadam. melalui makan malam, ia mampu memberi tenaga untuk bertahajud dan qiam pada waktu malam.
Ni contoh meal gua tym tgh cutting- home made patty (nak try boleh pm gua) served wit sweet potatoes 

FYI, when we skip our dinner, we tends to lower our metabolic rate which we did not wanted that to happen. Ini kerana apabila tiada sumber makanan yg masuk ke dalam perut, maka badan akan mula membakar otot2 sbgai pengganti sumber tenaga. nah,, lantas otot mula mengecut dan metabolisme merosot. At least take oats as ur dinner along with fruits. Gua sarankan uols amek makanan yang rendah gi seperti beras perang, roti whole grain sebagai bahan gantian yang sesuai d waktu malam.


5. Berpuasa.

- Allahurabbi.. besar sungguh manfaat berpuasa sunat Isnin Khamis rupa2 nya. hehe.. Nak thu mengapa? Ini kerana amalan intermittent fasting ini juga dpat membakar jumlah kalori yg besar dalam satu2 masa (diikuti dgn makanan yg sihat dan jadual workout yg betul). Rasulullah telah terlebih dahulu mengkaji nya, dan tinggal kita sahaja untuk mengikuti nya. ^_^

6. Baginda mengamalkn banyk meminum air


-Adab2 ntuk minum: memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Pernah tak uol bace mengenai isu ini, JANGAN TIUP MINUMAN YANG MASIH PANAS? Tapi knaper ea? Haa meh gua nk ceghita::

Ok, time air panas, ia mengeluarkan wap2 air (H2O) hasil tindak balas heat exchange (pertukaran haba). mase darjah 6, kite blaja, kite sedut oksigen dan hembus karbon dioksida betul? (wahhh cam cekgu sains je beta). Jadi, hasil reaction di antara wap air, H2O dan CO2 menghasilkan H2CO3 (which is carbonic acid) yg sgt lah merbahaya jika kita hidu... masuk ke rongge hidung kau,.. haaa.. tak ke efek kesihatan.. MEngikut riwayat dari para sahabat, 
Rasulullah juga gemar meminum minuman yang sejuk.. :)

No kfcs, no mcds, no f***** fast foods. 

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

Tooo diaaaaa... Ekceli berlambak lgi gua nak share, tpi terlalu banyak, ni just a basic needs for thoz who want to change their lifestyle and eating habits. Stop eating garbage folks.. change ur way of eating. Remember, 70% eating, 30% workout only.

Eat clean.. Live ur life to the fullest
Create stronger version of u!
Adios!



Never giv up. Stay strong, stay fit, stay alive! :)

21 Ogos 2014

070614 # Solemnization

Broscience senyum sampai telinga nuhhhhh!

Ayam & itik belakang rumah aku selalunya bising pagi-pagi tapi haritu sepi hening je. Agaknya diorang pun syahdu pagi tu aku nak tukar status. Wahaha. Alhamdulillah, majlis akad nikah & walimah penuh sederhana pagi tu berjalan lancar. Syukur dengan ketentuan Allah.

Dari awal mata dok tahan tak mau bagi ayaq mata jatuh. Masa khutbah nikah dah bergenang, tapi sempat diselamatkan dengan lawak tok kadi memerangkap bekas Cikgu Math aku masa sekolah rendah dulu. Lepas akad & solat sunat ba'dannikah, salam &  peluk mak buat aku tak mampu tahan air mata. Berderai jua kat majlis. Air mata syukur & gembira.

Ni je satu-satunya gambar yang aku ada dua-dua belah pihak. Gambar daripada OP x dapat lagi. Dah OP busy bebenor! hahaha. Nasib OP pakcik sendiri.

TRIVIA MAJLIS

Baju Pengantin: Dua-dua baju beli siap kat Warta Bandar Baru Bangi. Berpatutan. Selesa. Seluar pengantin lelaki je kena tempah sebab tak ade saiz! wahaha.

Catering & Khemah: Pakcik. RM8/head

Doorgift: Kuih bahulu & kuih kapal terbang sponsored by orang kampung. Kutu system. Tak dijumpai di mana-mana kampung! wahaha. FOC.

Make-up: Sepupu. FOC.

Pelamin: None.

Photographer: Pakcik. FOC.

DJ: sdn bhd sound system. Pasang nasyid je sepanjang majlis. Siapa nak copy koleksi nasyid 1 pendrive meh jumpa aku. Keh3.

Bunga tangan: DIY. Pakai bunga tisu sama macam hantaran.

Bunga tangan DIY

Tak ada berarak kompang. Tak ada persembahan silat. Tak ada makan beradab. Lepas akad nikah rest kat rumah kejap, sembang-sembang dengan family. Nak masuk tengahari baru pengantin keluar rumah makan kat meja pengantin. Aku sebenarnya plan nak makan dalam rumah. Pengantin bersila sekali ramai-ramai dengan family makan sama-sama. At last tukar plan sebab sedara-sedara ramai berkampung. Rumah pulak banyak sangat barang-barang kenduri. 

Selamberr pengantin makan pakai tangan. Baru puas makan! Wahaha. 

 Lepas makan, ada 1 acara special. Cabutan bertuah. Ramai cakap rare tapi kat kampung aku setiap majlis confirm ada acara cabutan bertuah. Aku rasa aku orang pertama pecah tradisi kat kampung aku buat cara ni. Kalau tak, sistem sebelum ni siapa nak jadi orang bertuah kena daftar dengan RM1. Hek elehhh. tak bertuah lah kan. Lagi 1 tak ke dah jadi macam judi tu. Astaghfirullahhhh. So aku kepit no bertuah kat doorgift. So semua tetamu layak jadi orang bertuah. Ada la 20 orang dapat tupperware yang guna duit sponsor daripada mak. Hikhok!

Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun majlis extend sampai asar ada lagi orang datang. Kenduri paling lama. Siapa jumpa aku lepas zohor boleh tengok baju jela. Aku dah buang make-up masa tu. 

Member 1 skot PALAPES UPM yang sudi datang dari jauh. Tenkiu uolls.

Terima kasih kepada kedua-dua family yang permudahkan perjalanan & urusan penyatuan dua hati ni. Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang support tak kira dari jauh or dekat esp Paen yang sudi datang awal sehari tolong pakaikan inai & hias hantaran. Walaupun haritu ko keseorangan pengapit tak macam pengapit, tapi harap ko puas hati makan eskrem banyak kali. wahaha. Meh tengok skettt pengapit kita...

Baru lepas akad. Mata bengkak. Tak cukup tidoq + teghiyak

Lastly, tak lupa untuk kami panjatkan syukur atas nikmat yg Allah berikan. Moga-moga langkah kami ke alam baru ni terus-terusan di bawah rahmat kasih sayangNYA. Mohon doa dari kalian jugak. Ampunkan salah silap kami & apa2 yang terkurang haritu. Moga Allah redha semuanya.