19 Mac 2011

30-days challenge: #day 24

Q - A letter for your parents
mak, abah..
tak tau perkataan apa yang layak siti guna untuk penghargaan yang tak terhingga sebab siti still dapat kasih sayang yg penuh dari kecik sampailah skrg..

abah pernah cerita, dulu abah pernah tercantas jari sendiri dengan parang sebab nak buang tunggul kayu tempat siti selalu main-main masa siti kecik dulu...

mak selalu cerita masa tu siti baru umur 3 tahun, kita bermastautin di Gerik.. siti mintak dukong masa nak keluar dari toilet.. banyak kali mak suruh siti jalan sendiri tapi siti mintak dukong jugak.. akibatnya, mak tergelincir dan kaki mak tersagat dek pintu zink toilet tu.. terbelah kaki kanan mak.. sampai sekarang parut bentuk '7' kat kaki mak ada lagi..

bila nampak budak kecik menangis, abah bukak cerita dulu kecik-kecik siti suka ralit... kejap je terlepas dari pandang, kompem siti hilang kalau tak pegang tangan.. pernah satu masa, abah+mak tengok dari jauh siti pegang tangan Pakcik India yg disangka abah sendiri.. pastuh, siti menangis gila.. yang Pakcik India tu pulak pi dukong siti.. abah+mak gelak je dari jauh...

abah selalu gelak bila terungkit cerita masa siti darjah 5, sekali lagi siti ralit masa ikut rombongan orang kampung pi mandi manda kat Batu Feringgi, Penang.. kezen-kezen tinggalkan siti kat belakang, siti pun tak sedar time tuh.. sedar2 je keliling siti orang putih.. siti menangis tepi pantai sampai la ada abang jetski tolong kol mak+abah.. at last, siti selamat jumpa rombongan kampung balik hasil bantuan abang jetski terbabit..

mak selalu perli-perli dengan kisah lama siti kena duduk 3 jam kat balai polis sebab bawak moto tak ada lesen.. masa tu siti form 3.. belum cukup umur lagi, abah dari Ipoh (mesyuarat) terpaksa rushing sebab nak jamin siti kat balai..

banyak lagi sebenarnya cerita-cerita ikut kronologi dari siti kecik sampai besar.. tapi dari cerita-cerita ni nampak sangat siti selalu susahkan mak+abah.. maafkan siti, mak..abah.. sekarang siti dah besar, siti nak mak+abah rileks je.. biar mak+abah pulak yang susahkan siti.. sebab tu selagi siti mampu+apa yang siti ada, siti bagi kat mak+abah.. siti tak nak hidup mewah sorang2.. siti nak mak+abah sekali kongsi sama rata..

hampir 21 tahun siti hidup + 9 bulan dalam perut mak, siti bersyukur sangat dapat parents macam mak+abah...
SITI SAYANG MAK+ABAH!!!!

Tiada ulasan: