13 Mac 2011

siapa nak order?

lai lai lai lai lai!!!! ayam murahhh!! terbaik dari ladang!!! 
lagi 2-3 minggu dah boleh makan ayam-ayam nih.. siapa nak booking siap-siap leh bagitau ea.. limited edition ni sebab dibela oleh aku! hahahaha...

betol laaa! ingat aku main-main ke hape?
lagi 2-3 minggu aku akan harvest ayam-ayam ni untuk dijual.. siapa nak merasa ayam terbaik tanpa suntik apa-apa.. leh inform aku, ea!
ni pic minggu lepas.. average ayam sekarang berat 1.6kg.. lagi 2-3 minggu time harvest korang akan tengok berat ayam yang tak boleh dapat di mana-mana! hanya kat sini, ok! nanti aku akan update pic ayam dari masa ke semasa..

ingat manusia je ada welfare? 
menatang termasuk ayam pun ada, ok!
mereka pun makhluk seperti kita diciptakan ada rasa sakit.. 

kali ni, aku nak ajar macam mana nak pegang ayam dengan cara terbaik.. dalam erti kata yang mudah, bila korang pegang ayam tu, dia tak menggelupor.. dia dok diam jer.. paham? mudah kan erti kali ni? cara yang pegang ayam yang terbaik bukan lah di kepala, di sayap mahupun di kaki ayam tersebut. tetapi:

pandangan dari bawah.. perhatikan betul-betul dimana jari-jari sepatutnya berada
ni dari sudut pandangan yang betul.. see! ayam ni tak terkepak-kepak menggelupor kan? korang angkat la tinggi mana pun ayam ni akan dok diam.. tak caya cuba try test tengok, ok?

Tiada ulasan: