30 Mei 2011

dalam setandan kelapa, tak semua airnya manis

kali ni aku bukan nak ajar teknik mengecam kelapa yang airnya manis, k... maksud aku dengan tajuk yang panjang lebar tu adalah:

katakan ada 6 adik beradik dalam 1 family, tak semuanya dapat masuk Universiti, tak semua dapat masuk SBP, MRSM, zzzz... tak semua perangai baik-baik dan tak semua cantik n hensem n comel n zzzzzzzzzzzzzzz....

memang perangai manusia sejak azali kan suka membicarakan something bout others... dan majoriti 'something' itu adalah bad things... kan???

tapi aku rasa tak payah la nak banding-banding sampai yang terkena tuh rendah diri.... dah la cakap depan-depan, ayat tak tapis dan yang kena tu adalah budak yang sedang membesar!!! baru darjah 4 kot!! memang la nakalnya begitu...

tapi aku puas hati dengan jawapan adik aku dekat makcik tu:
"adik tak mau pi jauh-jauh... nanti tak dak orang teman mak ngan abah"

sekali pandang saiz badan macam darjah 6 but FYI, he's in standard 4 now

29 Mei 2011

sekali terdetik, jadi kenyataan. thanx, ABAH!!!

paginya tengah bersiap-siap nak pegi kenduri kat Sitiawan dalam hati terdetik nak ajak family pergi Lumut.. alang-alang kan dah sampai area sana... lagipun dah lama tak rasa angin sana... tiba-tiba:

abah: "ha.. siap cepat-cepat pastuh bawak la 2 3 helai kain baju yg nak guna.. kita lajak pi Pangkor!"

walllaaaaaaaaaaaaa!!!! dalam kepala aku nak makan MyFC tapi tiba-tiba abah sua kat depan muka aku KFC... memang happy tersangat-sangat dah!!! so im now at:
!!!PANGKOR with family!!!

nasib baik tergerak hati nak bawak lappy... destinasi pelancongan yang terpenting kat Malaysia, takkan tak dak wifi kan.. dapat ler aku melepaskan gian kejap...

 ABAH YANG BAIK HATI... HEHEHE...

 ADIK AKU YANG JAKUN DENGAN PANTAI PANGKOR

 SUNSET.. KEINDAHAN YANG TAK DAPAT DIRAKAM DENGAN KAMERA MAHAL

ROMANTIC COUPLE EVER AFTER... HAHAHA

28 Mei 2011

lempeng pisang

a.k.a banana pancake!!! emmm, tak sedap... nama lempeng pisang jugak yang mampu menggiurkan saliva, btoi dak??? (promo bahasa ibunda nih.. hahaha)

 siapa tak pernah tengok lempeng pisang??? okey, terima kasih kerana mengaku sebab ko pun macam aku...! hahaha... first time aku tau kewujudan lempeng pisang nih... sedap!!! rasa dia... emm, jap nak rasa sket lagi.. em, rasa pisang...! hahaha..
makan panas-panas memang layaaaaannn~

aku tak sempat nak snap rupa lempeng disebalik daun pisang, sebab memang laku tambah pulak adik aku yang 'sihat' tu makan.. tak sempat nak wat pape.. aku pun sempat rasa 3 cubit... pheww...

23 Mei 2011

aku makan sup mangkuk


korang takkan jumpa mangkuk yang BOLEH DIMAKAN kecuali kat espresSOUP.. tak tau la plak kalau kat lain ada.. aku tau kat sini jer.. haha.. dan, buat festime kalinya (omg, rosak bahasa) aku merasa soup yang dicicah bersama mangkukhayunnya... aku pegi Times Square kelmarin... dengan siapa?? jeng! jeng! jeng! hahaha....


ok, ada 2 mangkuk disitu... aku makan mushroom soup... yang lagi sorang tu clamp soup.. sebenarnya ada banyak jenis soup... tak silap 6 jenis sup yang aku nampak haritu... tapi tak berani aku nak try yang pelik-pelik.. kang tak termakan plak...
haaa, nampak tak mangkuk tuh??? yup! roti!



macam ni la cara nak makan sup roti nih.... korang kena musnahkan mangkuk tu... macam empangan pecah dah aku tengok.. hahaha... seterusnya, ngap la setiap inci mangkuk roti tuh dengan sup.. perghh!!! eh, alhamdulillah!!! sedapp sangat! sup dia mmg kawww r... semangkuk RM7.90...

lain kali ada peluang aku nak try sup lain pulak... eh, kat espresSOUP ni bukan ada mangkuk roti jer, western food mcm spageti, pasta n ect pun ada gak... aku tak sempat nak usha lebih la dia pny product, tapi benda utama yang dijual, sup mangkuk yang boleh dimakan ni laa... setakat ni aku jumpa espresSOUP kat Times Square je, tak pasti la kat mana ada lagi.. aku rasa banyak lagi cawangan dia...

eh, aku tak bagitau lagi ea aku keluar dgn siapa?? k, babai!
sakit hati tak?? hahahaha

20 Mei 2011

novel femes bakal jadi telefilem!!!


nih antara novel-novel yang bakal diadaptasi jadi telefilem kat Astro!!! walla!!! memang semua novel top kot! semua novel nih ada jalan cerita yang tersendiri... dan yang paling penting ada isi and pengajaran yang penting! bukan cerita cinta semata-mata okeyh!!!

aku paling suka cerita Manisnya Cinta... bak kata penerbit, diorang akan usahakan supaya cerita asli dari novel tak lari.. I hope so!!! please!!! jangan ubah mana-mana part dalam novel dan yang paling penting jangan terlepas scene/babak penting dalam novel yerk!!! hehehe...

banyak novel jiwang jer yang diadaptasi sekarang nih... aku nak tunggu siapa yang berani buat drama/filem yang diadaptasi daripada novel-novel Ramli Awang Mursyid! kalau ada, memang tip top la!!!

sumber: myMetro

patut la 111% girlz gila dekat Ustaz Amirul

nilah kelebihan duduk sorang-sorang kat hostel.. eh! bukan sorang, ada lagi teman... tapi boleh dikatakan sorang sebab blok kosong.. tinggal beberapa orang jer.. seryes sunyi sebab rasa dok sorang-sorang even ada teman.. haih! dah buat dah ayat pening dia... padddia aku merepek tah...

motif ayat kat atas aku nak cakap, kelajuan wifi U 120km/j!!! terbaik, laju, tak ada gangguan!!! time nih memang syiokk layan drama kat tv3 online... dah tak layan youtube dah sebab boring.. sekarang layan drama kat tv3 jer aku.. qadho balik drama-drama yang aku terlepas...


dan drama pertama jadi pilihan aku Ustaz Amirul!! aku nak buat konferens kat sini, aku pun tergolong dalam 111% gurlz kat atas!!! muahahahaha....

sinopsis drama daripada aku:
Adawiyah bercinta dgn Ustaz Amirul dari sekolah.. memang romantik habes la letak surat bawah pasu.. diorang ada pondok rasmi diorang!! diorang bercinta pon kaber-kaber, tak macam budak sekolah sekarang bercinta gaya lebih dari orang dewasa gamaknya... lepas SPM, atas kehendak ayahnya, Ustaz Amirul sambung study ke Mesir meninggalkan kekasih hatinya... sebenarnya Ustaz Amirul pergi bawa hati, hati dia memberontak.. sebab tu dia tak balik 13tahun!!! sampai 1 masa, Ustaz Amirul balik kampung, semua pakat seronok tunggu org harapan kampung kecuali family Adawiyah sebab Adawiyah pun bawa diri jugak lepas setahun Ustaz Amirul pergi Mesir dan tak balik-balik..

- sebab apa family Adawiyah benci Ustaz Amirul?
- mana Adawiyah pegi bawak diri?
- sementara Ustaz Amirul cari Adawiyah, takdir menemukan Ustaz Amirul dgn Munirah... so, apa jadi bila Adawiyah muncul?
- siapa dapat cinta Ustaz Amirul? munirah ke Adawiyah??
- agak-agak semua org suka ke kat Ustaz Amirul ni bila dia balik kampung??
 - banyak ujian Ustaz Amirul tempuh dari bab family, kawan, kerja, org kampung, cinta.... macam-macam la...

comel heroin drama nih... tapi comel lagi 2 heroin nih bila pakai tudung macam dalam drama

nak tau, kena tengok sendiri la beb!!! aku khatam cerita 13 episod ni dalam 3 hari... 13 episod je... 5 bintang aku kasi!!! seryes best, tak rugi tengok... drama ni memang buat aku menangis...

aku jatuh cinta kat Ustaz Amirul!!!!!
okey.. okey... aku tau Ashraf Muslim nih baru bertunang... =.='

Al-Fatihah buat telordibasuh

belog beliau sentiasa:
  • buat aku gelak dan senyum lebar
  • fresh dgn citer2 yang korang x leh baca kat suratkabor
  • terselit isi tersirat even dalam ayat bangang
Al-Fatihah untuk telordibasuh atau nama IC: Abdul Hakim Bin Mohd Kamal..
terkejut n terkesima... tak sangka.. memang betul, ajal tak kira usia, masa, tempat dan keadaan... doaku beliau ditempatkan di tempat yg dijanjikan bersama-sama orang2 beriman... 


 

18 Mei 2011

bertambah lagi keluarga Mat Alwi

dah 3 hari jugak aku tak online... rindu dekat lappy aku nih.. dan rindu jugak nak luah perasaan kat sini... sunyi jer belog nih.. haih! mintak maap noo, lappy aku jadi 'asisten' untuk senior aku siapkan projek dia... kesian pulak aku, apa salahnya tolong otang kan... sekarang masa orang susah, nanti masa aku susah, mana tau turun pertolongan yang tak diduga... the moral of the story, ringan-ringankan tangan untuk menolong tanpa mengharap balasan...

eh!! dah terkeluar tajuk!!! ehem! ehem! ehem!
dengan ini, diumumkan...... kelahiran puteri sulung pertama dari kerabat cucu-cucu Mat Alwi: Qistina Zahra! anak kepada sepupu sulung aku, kak long... flash back kenduri beliau DI SINI

TADAAAAAA!!!!
nih aku tau tangan sapa... mesti Tok yang kendong cicit pertama dia nih.. hahaha... ni yang buat aku tak sabar nak balik kampung nih... haih! macam-macam dah aku terlepas... rugiii!! rugi!!! sabar, tak sampai 2 minggu lagi aku balik kampung...
SUNGAI DENDANG!!!! wait for meee!!!!
(okey, nama kampung aku memang tak glemer)

15 Mei 2011

nikmat makan hilang

hari nih 3x kot kejadian yang sama berlaku...
  • tengahari tadi, memang layan makan nasi lauk ayam merah dengan ulam timun, tetiba toilet 'panggil'...
  • masa break koje tadi, tengah sedap melahap deluxe burger, tetiba 'hajat besaq' mai...
  • dinner tadi, memang power ar nasi lemak kukus tuh tambah pulak nasi tuh orang yang belanja.. bertambah-tambah sedap jadinyer.. baru 40% dalam proses pengunyahan, dia mai dah.. dia mai dah...
memang sakit hati bila dah start makan, dan dan tu lah sakit perut nak membuang... damn! hilang nikmat makan!!!

14 Mei 2011

take note!!! fesyen sanggul memang tak chantek!!!

mengikut kajian beberapa kerat pelajar jurusan sains haiwan telah menemui penyebab TERBARU unta-unta kat dunia nih stress... antara sebab utama: ada makhluk yang mengatasi kebonggolan mereka...


aku dah buat survey.. 110% lelaki cakap fesyen nih tak cantik.... aku sendiri as orang perempuan tak pernah nampak kat mana cantiknya ada sanggul tinggi-tinggi... yang aku nak gelak sangat, sampai ada jual sanggul palsu semata-mata nak tinggikan 'bonggol' atas kepala tuh... memang pelik...

nak berchantek tak salah sebab Allah itu Chantek dan sukakan kechantekan... malah Islam itu sendiri chantek.. tapi tanpa sedar kita dah terlebih menchantekkan diri sampai nilai chantek tuh dah hilang... dan, apa tujuan sebenar kita nak berchantek-chantek nih??? jeng.. jeng.. jeng..

tepuk dada, tanya Iman... eceh! ayat yang selalu aku dengar dalam surau kat asrama dulu... ni yang buat rindu zaman sekolah membuak-buak nih.. okey, dah lari topik! buat yang masih rasa chantek dengan 'bonggol' tuh, cuba tilik betul-betul depan cermin.. betul-betul chantek ke???
ada banyak lagi cara nak chantek.. 1 benda jer ingat, kechantekan yang abadi tak diukur dengan fizikal!!! kalau fikir-fikir balik, perangai over bab fesyen nih buat duit kita cepat habis.. betul x?

oh yea! kepada kaum Adam yg prihatin menegur kaum aku (terutama di Facebook), terima kasih.. mengherdik dan perli lain maksudnya daripada menegur.. dan semestinya lain caranya.. Nabi kita dah ajar kan macam mana nak tegur dengan cara yang baik??? =)

review movie: Kongsi

out of 5 stars, aku boleh bagi 2 jer...
1 bintang: untuk Hero (Fizo Omar yg hensem sbb beliau mengingatkan aku pada Ryu Watanabe.. hahahaha)
bintang yg kedua: untuk lawak-lawak Shaheizy Sam yg speaking klate..

sebab apa tak best:
  • aku tak nampak jalan cerita dia dengan jelas
  • dalam cerita Shaheizy Sam ni sangat-sangat berdendam dgn Fizo Omar disebabkan kalah dalam tomoi, Shaheizy Sam kena berbakti dgn 'someone' seumur hidup.. memang tersiksa.. tapi, dendam tu tak dikupas sehabis baik..
  • ending dia tah pape.. memang lawak, tapi...... haih! ntah, tak de feel
  • sound effect tumbuk menumbuk, tendang menerajang, pukul dah keterlaluan sangat.. bunyi jer lebih, tak real.. tapi tak tau la kalau panggung tu yang bermasalah
  • polis perempuan macam hape jer dalam cerita nih...
  • mana pegawai polis lelaki yang lain yang tolong Fizo Omar..?? x kan 2 orang pegawai perempuan tu jer.. kesian aku tengok perempuan bertumbuk.. jatuh atas telur plak tuh.. hahaha...

secara keseluruhan, aku rasa rugi tengok wayang hari ni.. nasib baik orang yang belanja tiket.. hahaha.. bak kata Lokey: "rasa loser gila dalam wayang" hahahahahaha....

latest entri hilang!!

jawapan dari blogger:
We are very sorry that users are unable to publish to Blogger right now. We have rolled back the maintenance release from last night and as a result, posts and comments from all users made after 7:37 am PDT on May 11, 2011 have been removed. Again, we apologize that this happened and our engineers are working hard to return Blogger to normal and restore your posts and comments. We will post a report once this work is complete. -The Blogger Team

penatnya buat draf entri banyak-banyak then majoriti hilang =.='

13 Mei 2011

review movie: The Fast & The Furious 5

yang pasti sepanjang tonton filem ni, komfem hanya perkataan ni je keluar:
"OHEMGIIIII......"
"SIIIOOOOTTT..."
"PERGHHHHHH..."
sebab memang 5 out of 5 stars aku kasik!!! badan abang-abang polis yang berketul-ketul, muka penjahat yang hensem, aweks semua dahi licin memang mebelesssla....
dan, paling aku suka filem nih presenting:
THE ROCK!!!! (tak tau apa nama IC dia...)... tapi, janggut n misai tuh agak mengganggu kehenseman dia.. memula The Rock nih kerek gilak ah.. semua operasi dia handle, setel n success.. oh, The Rock ni polis yer... polis yang hensem... ketua operasi dalam menjejak si hero n da geng dalam filem nih... macam-macam dugaan n trial diorang buat untuk tangkap geng jahat nih tapi ada jerr helah... at last, jeng! jeng! jeng! tengok lah sendiri! hahaha...


sebenarnya geng jahat tuh takdelah jahat mana, bagi aku diorang jahat bertempat/nakal... err, ada ke macam tuh?? =.=' tak! sebab ada orang yang LAGI jahat daripada diorang.. orang LAGI jahat tuh ada kuasa+duit, yang geng-geng tadi dari kampung setinggan.. orang yang LAGI jahat tuh mempergunakan orang-orang setinggan... so, sebab apa n macam mana geng 'nakal' nih nak hapuskan orang yang LAGI jahat tuh???

beli lah CD rompak cepat-cepat!!! tak pon download.. hahahaha... (okey, saranan yang hampeh)

12 Mei 2011

durian pancake yang BEST!

sebelum apa-apa, layan dulu gambar yang menggiurkan neh... hahahahaha (gelak kejam)
cuma tahan 1jam diluar peti sejuk =.='



buat peminat sejati DURIAN, kalau rasa susah nak cari durian kampung yang murah dan sedap (macam aku sekarang nie), cuba-cuba la durian pancake... sedap!!! sedap tak terkata!!! tak tau dah macam mana nak define kesedapan durian pancake nih... sebijik pancake nikmat dia 2x ulas durian... kehadiran cream yang menyemak dalam pancake tuh menaikkan kesedapan sebab rasa 'lemak-lemak' gitu....


memang berbaloi sekali sekala beli... kalau tiap-tiap hari muak laa makan benda nih.. lagipun, larat ke nak nafkahkan duit tetiap hari untuk pancake nih jerr (ditujukan kepada orang yg berpoket pasang surut mcm aku).. hahaha...

pancake special dari Sweetchat Cafe!!!! siapa ada kat area Serdang, Selangor boleh jumpa cafe nih kat The Mines (Groundfloor). errr, tak pasti kat mana lagi franchais dia... kalau cari kat Selama, Perak memang tak ada la... mintak maap no oghang Selama!!! =)

11 Mei 2011

misi ke Shah Alam BERJAYA!!!!

misi ke Shah Alam
alhamdulillah, aku selamat sampai Shah Alam... ada lah dalam sejam aku merempit... iyer! aku merempit! sekali lagi Wave Biru AFS aku berjasa... tak delah susah sangat jalan ke Shah Alam.. signboard merata-rata! tapi semalam aku sesat jugak sebab tak jumpa Seksyen 17! sesat dalam seksyen 18.... dah la banyak ronbod... penih dah aku.. at last jumpa jugak.....
tujuan:
meraikan birthday girl walaupun lewat sehari.. hehehe.. nak pegi 9Mei cik Iylia kita tak habis exam lagi... so semalam 2 in 1 lah, celebrate kemerdekaan beliau sekali.. hahaha...
 lepas makan Chicken Chop @ KFC, terus pegi tengok wayang cita The Fast and The Furios 5... memang terbaik!!! berbaloi pilih cerita nih kan, cik Iylia ?

dah puas tengok movie, pegi ambik angin kat Tasik Shah Alam sebelum aku merempit balik Serdang... apa lagi, sesi Shootinggg!!! even pakai kamera handphone 3.2megapixel je.... =.='
 hahahahaha... jangan marah yer, cik Iylia!!!!! masa budak ni gayut, aku sempat tangkap naga terbang kaler pink!!!!

memang enjoy habes 1 hari!!! ni yang buat semangat berkobar-kobar nak cuti then meronggeng puas-puas dengan geng LISA nih!!!

10 Mei 2011

misi ke Shah Alam


buat apa nak pegi Shah Alam??? ada leerrrrr......  berjayakah aku sampai Shah Alam tanpa sesat???
Ya Allah, pimpinlah aku ke 'jalan yang lurus'!
oh, Signbod, jangan kau cuba-cuba nak merunsingkan kepala aku nanti....

Calooooo, beteh!!!!

p/s: kalau Ryu Watanabe ada, dah lama kena pelekung dengan dia neh... em, sorry! jangan marah tau Ayu pegi menjelajah nih! hehehehe.....

09 Mei 2011

aku masih di sini

dah settle pun masalah aku untuk dapatkan bilik semata-mata nak sambung cari rezeki dekat bumi Serdang ni demi sesuap nasi.. emm, apakah???

udah 4 kali aku mohon cara baik dan 4 kali itulah permohonan aku diorang tolak mentah-mentah tanpa bermusyawarah terlebih dahulu... tau tak Islam menggalakkan musyawarah untuk bertukar-tukar pendapat? dengan itu setiap masalah dapat jalan penyelesaian yang terbaik... baru takde orang yang sakit hati... eceh, pandai pulak aku nih... sebab aku sakit hati laa aku cakap macam ni, tahu??

tak tau la apa keadaan aku sekarang. sekali pandang macam...............................
tapi aku dapat ehsan daripada orang lain... alhamdulillah, ada jugak yang faham dan nak tolong aku... kira boleh kot.. hahahaha....
aku masih di Bumi Serdang samapi hujung bulan Mei......

rindu kat kampung jangan kata la.... dah berbulan kot aku tak balik... sampai mak aku cakap:
"bila lagi nak balik buat taik mata kat rumah?"
agak-agak pertanyaan tu dalam bentuk apa?
rindu? perli? sayang? hahahahaha..... I know my mother's love me but never know how much! macam kenal je ayat nih =.='

oh! entri ni memang takde gambar.. bye!

khas untuk kamu!!!

9 Mei 2011
umur 21 tahun dah termasuk dalam katogeri dewasa...
bukan remaja lagi dah...
so hari ni dengan penuh rasa bangga aku nak ucapkan:
SELAMAT MELANGKAH KE ALAM DEWASA, IYLIA!!! hahaha...
  • be an adult girl, k^^
  • macam biasa, semoga panjang umur+murah rezeki
  • semoga sukses jadi chekgu yang baik! comel! dan.... hahahahaa..
  • aku doakan jodoh hang cepat sampai.. awwww!!!
!!!!HAPPY BIRTHDAY!!!!
oh yea, aku masih muda remaja... hahahahaha

08 Mei 2011

bila exam aku memang macam ni

siang TIDOR
malam BERJAGA

so mintak maap la yang ngajak aku lunch..
aku tak dapat penuhi tuntutan itu..
oh yer, 2pm kang paper last, KIMIA
everybodaih syay: Go Ayu.. Go Ayu.. Go! Go! Go!

4pm nanti: MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

07 Mei 2011

nasi lemak seringgit!!!

fiuuuuuuuu... dari luar nampak cantik... siap ada daun pisang... skill marketing yang sangat bagos dari makcik tuh... dari jauh boleh dengar nasi lemak SERINGGIT!! iyer, cik abang cik kakak suma... SERINGGIT!!!

kat kampung aku pun dah takde orang jual nasi lemak seringgit... sekali pandang, dari luar nasi lemak ni nampak besar... so, aku amek can nak merasa...
perghhhhhhhhhh!!!!!! 
-nasi banyak!
-sambal banyak! dan sangat kawww!
- telur separuh!
- timun banyak keping!
- ikan bilis + kacang!

lepas nih aku akan sentiasa cari makcik tuh... nak? datang ar area Serdang!!!!

lelong!!!! siapa nak beli??? charger netbook untuk dijual

aku tak tau ada tak orang pernah jual charger netbook SAHAJA.. hahaha... tapi tak kira ar, nak cuba gak nasib... INI SERIUS~ (lagu wonderpet)

charger netbook ni milik roomate aku.. nak dijadikan cerita, notebook beliau diambil oleh tangan-tangan ghaib yang sampai sekarang tak dapat dikesan.. yang tinggal kenangan charger ni jer... sekarang dah ada netbook baru, charger nih tak guna pon... so, ada yang berminat???


HARGA: BOLEH DIRUNDING
NETBOOK: JENIS TOSHIBA (Nb305-n440rd series)
USIA: TAK SAMPAI SETAHUN (5 BULAN!)

siapa yang berminat:
emel: iyoujuishita90@yahoo.com
facebook: iyou

06 Mei 2011

hari-hari Hari Ibu

kecoh dekat facebook pasal Hari Ibu...
last aku sambut Hari Ibu masa dok hostel darjah 5 dulu... maklum la, 1st time berpisah dengan mak...
nak nak tengah berhinguih lagi time tuh dah kena dok hostel... tiap-tiap malam meraban cari mak... 
nasib baik ada Ibu... haaa, aku ada 2 Mommy...

mak - mommy kandung 
ibu - mommy yang jaga aku kat hostel masa darjah 5&6 dulu

dulu kalau sambut Hari Ibu, pakat beramai-ramai kami outing... semua borong bunga yang kelopak dia ada perfume tu.. sekarang ni dah tak dak dah bunga tu.. pastuh pos balik rumah....
outing bukan naik bas, naik trak Felcra yang dulu-dulu punya... sekarang trak tu depa buat angkut mat bangla n mat indon ja... kalau balik kampong pun naik trak tu ramai-ramai... bayangkan la dari Sitiawan-Selama duduk atas kusyen yang tak macam kusyen.... =.='

jadi di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak khususnya dan semua ibu-ibu di luar sana amnya... hargai dan sayangi ibu selagi nyawa dikandung badan... syurga itu di bawah telapak kaki Ibu...
 comel kan mak aku???

haih, ni yang rasa nak balik sangat-sangat nih!
last paper Hari Ahad ni, Kimia! =.='

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


dah lama tak join Segmen enche Ben Ashaari nih...
kepada yang berminat, kelik laju-laju kat SINI

05 Mei 2011

bilik aku yang suram jadi ceria kejap!

ingat lagi tak aku nak baby jugakkk???
tengahari nih aku dapat kunjugan dari beliau, muhammad ammar!
bulatnya mata!!! sajer je kan ammar kembangkan hidung masa auntie ayu snap pic.. anyonyonyo nyomei la tuh yerk!

2 jam aku jadi penunggu baby tak bertauliah sebab mommy dia nak buat koje.. yang bestnya, Ammar ni susah menangis! hui, untung mommynya, dapat baby soleh macam ni...

tapi 1 jer, tak boleh tinggal dia sorang-sorang sebab Ammar ni kuat sembang.. kalau tinggal dia sorang-sorang mula la dia terjerit-jerit cari orang nak sembang... seyes comel!!! aku tinggal dia kejap atas katil sebab nak iron baju, menjerit-jerit panggil...
tengok laa budak ni galak...^^

subhanallah..... sucinya tengok baby! tenang!

04 Mei 2011

psycho!!!

  • bunyi berdentum-dentum dari bilik atas
  • terdengar orang say 'bye', 'jumpa lagikk', tak kurang jugak kuatnya laungan 'jom balik'
  • lagu balik kampung berkumandang
  • aktiviti pindah barang berlaku dihadapan pintu bilik 
  • status FB yang memang melemahkan semangat
weyyyyy!! aku ada 2 paper lagi nih!! seryes mental aku dengan semua keadaan nih.. waaaaaaaaaaa, cepatlaa abeh exam... dah takde semangat nak tengok buku dah ni...........

03 Mei 2011

5 hari cuti: kemalasan melanda

esok ada exam...
paper marketing...
tapi disebabkan gap yang terlalu panjang dah buat semangat berkobar-kobar hilang bersama asap moto AFS wave Biru...
dalam cuti 5 hari ni, tiap-tiap hari aku keluar!
bukan pegi mana pun... keluar dengan orang yang sama jugak..
pegi air terjun, Mines, Mines, Mines dan Mines lagi..

OMG.... ada sapa-sapa boleh tolong lempang aku tak?
kalau Ryu Watanabe ada kan best...
seryes rindu lempang dari dia :'(

tengah kumpul balik semangat untuk exam esok, esok-esok, dan esok-esok-esok.. lepas tu boleh restkan otak dari belenggu hantu buku!!!

02 Mei 2011

Osama Bin Laden meninggal

credit to zacky
tak payah susah-susah pegi kedai macha beli suratkabor.. hahaha
hmmmmm, dunia sekarang kecoh pulak dengan kematian 'pengganas' no.1 selepas beberapa dekad diburu dan akhirnya tewas.. tapi, tewasnya Osama Bin Laden tak dilaporkan bagaimana dan macamana Osama Bin Laden tewas dan meninggal.. bukti DNA diorang dah dapat, dan diorang memang sahkan itu adalah Osama Bin Laden.. apakah???

diperkarangan White House, kelihatan rakyat AS bergegak-gempita meraikan kematian yang dikatakan pengganas no.1 tu... apakah???

ada pulak isu yang Osama Bin Laden tak pernah wujud.. watak ni sentiasa diwujudkan oleh puak-puak AS sendiri untuk melaksanakan 'niat murni' mereka.. seperti jugak Al-Qaeda.. ini kerana orang-orang Afghanistan mengaku tak pernah dengar pun nama Al-Qaeda dan Osama Bin Laden sebelum peristiwa 11sept dulu.. apakah???

wallahualam.. hanya Yang Maha Bijaksana tahu semua rahsia..
innallaha ma'ana...

yang terbaik setakat ni

berkat otak yang tengah bengong sebab sesi sumbat-menyumbat yang berlaku sepanjang musim exam, maka terhasil lah header terbaru untuk blog aku.. tak tau kenapa semakin tension diri ini, semakin rajin pulak aku bukak godak-godek adobe photoshop... tadaaa!!! seperti yang anda lihat di atas nuh....
yang lama

yang baru!!! I like!!! 

yang berubah cuma tulisan dan gambar... sebab dah bosan tengok gambar kat atas macam bajet jeeewwwwwww.. maka gambar terbaru yang lebih comel dan comel dan comel dan comel telah dipilih.. 

hah! tak percaya?? ye la, header ni 100% aku buat sendiri.. ingat budak laki je ke pandai adobe photoshop? huh!

01 Mei 2011

dihantui gigi

malam tadi aku  mimpi gigi taring aku patah....
malam kelmarin aku mimpi 2 gigi geraham kena cabut...
apesal asyik mimpi pasal gigi jer nih???

oh, lupa...
kepada yang bekerja, selamat bercuti pada 1 Mei!