10 Ogos 2013

Bayu Hotel, Baling, Kedah

Alkesah dari wedding Idzan Sulhi, kami 3 gadis serangkai ni menginap kat Bayu Hotel, Baling, Kedah. Dari Taman Maha Meru straight ke arah pekan Baling sampai simpang tiga. Dah tran tang tang dah Hotel Bayu gah kaler kuning tepi jalan. 


Masa checkin sempat la sembang-sembang dengan owner Hotel Bayu. Owner aku rasa. Suka suki je aku kan. Lantak situ. Katanya hotel tengah nak upgrade. Bangunan 5 tingkat baru nak tambah. Recently baru siap sampai tingkat 3. Kitorang dapat stay kat tingkat 2. 

Dari jauh dah boleh nampak tepi jalan betul-betul kat simpang 3

Bilik cantik. Toilet 5 star. Aku kalau checkin hotel tengok toilet dulu. Astro & wifi available. Prepare sejadah lagi tau dalam bilik. Siap pakej sarapan. indoor & outdoor cafe. Ada kedai kraft. Kami pilih standard RM138. Sepatutnya bilik standard ni untuk 2 orang. Tapi masa sarapan dia halalkan je makan bertiga. Baik, kan?

Model tangga hotel

Model kolam hotel pulak

THANK YOU, BAYU HOTEL!

1 ulasan:

FaraSyeera berkata...

ayu hotel tu haritu offer RM105 je tak silap aku. huhu