Pantai Apa Tak Tau Nama Dia, Port Dickson.. di kala bulan tolong muntahkan cahaya matahari, madah-madah sumbang sang arjuna turut kedengaran! pergh! ingat aku kutu rayau ke senang-senang lepak tepi pantai tetengah malam?Q - A picture of somewhere you've been to
ni aktiviti tidur paling bajet = tangan ke daada, mata ke atas. eh! bukan.. tidur berlapikkan bumi, berbubungkan langit! aku tidur dengan family aku la! ni semua cadangan gila abah.. tapi best! 1st time dapat tidur kt tepi pantai macam tuh.. bentang tikaq ja, krroooohhh sumanya....
bukan tidur lama pun, ni sebab ada 3 jam ja lagi nak subuh.. time nih baru lepas hantar Fadhil kt KLIA bulan 12 hari tu.. lepastuh, nak menyinggah rumah makcik kat Port Dickson, alih-alih sampai awal pulak.. segan la nak pi ketuk rumah orang pagi-pagi buta... makanya berkampung lah kami 3 kereta kat tepi pantai indah ciptaan Allah dicemari dengan monyet-monyet yang sedang berasmaradana...
ni la antara orang-orang yang berkampung bersama aku. ni kat KLIA. tak sampai 3 bulan Fadhil kat Mesir, ada rusuhan pulak... sekarang beliau masih di rumahku syurgaku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan